Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Akhbar Singapura: Saifuddin dedah Hipokrasi Mahathir
 


Artikel daripada akhbar Streats, keluaran 6 Mac 2002

Ahli politik Barisan Alternatif, YB Saifuddin Nasution Ismail semalam berpegang kepada pendirian bahawa pemerintah Singapura mempunyai pegangan saham di dalam dua suratkhabar Malaysia. Beliau menjelaskan bahawa pendiriannya disokong oleh penyelidikan beliau.

YB Saifuddin, Timbalan Ketua Pemuda KeADILan, memaklumkan bahawa kerajaan Singapura mempunyai pegangan saham sebanyak 7.85% dan 3.05% dalam The Star Publications dan The New Straits Times Press masing-masing. Kata beliau, "Selama ini Dr Mahathir menyeru rakyat Malaysia untuk awasi kuasa-kuasa asing yang cuba menjajah ekonomi Malaysia."

"Atas sebab inilah saya telah jalankan penyelidikan saya dalam pegangan asing dalam industri strategik dan menemui maklumat mengenai pegangan pemerintah Singapura dalam New Straits Times (NST) dan The Star."

Dengan penemuan ini, "(Perdana Menteri) Dr Mahathir harus menjelaskannya kepada rakyat".

Beliau berkata pegangan asing dalam media Malaysia berlawanan dengan semua seruan Dr Mahathir. Mengikut YB Saifuddin, pegangan-pegangan sedemikian membolehkan pemerintah Singapura untuk mencalonkan wakil ke lembaga pengarah sesebuah syarikat jika pegangannya dalam syarikat tersebut melebihi 5%.

Perwakilan sedemikian dalam lembaga pengarah sebuah syarikat suratkhabar amat sensitif pada kala adanya isu-isu yang belum diselesaikan antara kedua-dua negara, kerana "orang Melayu mungkin mengesyaki adanya agenda tersembunyi," kata beliau.

Beliau memberi contoh sebuah artikel yang ditulis ahli akademik tempatan Farish Noor dalam NST pada November 4 yang lalu.

"Artikel tersebut menghina Islam. Tidak mungkin lembaga pengarah NST berani membenarkan artikel tersebut diterbitkan melainkan adanya pengaruh-pengaruh luar".
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net