Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pemuda keADILan Dedah Kerajaan Singapura Pegang Saham NST, The Star
 



JOHOR Bahru: Timbalan Ketua Pemuda keADILan, YB Saudara Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini membuat pendedahan di dalam satu majlis di sini bahawa kerajaan Singapura adalah pemegang saham keempat terbesar di dalam dua buah akhbar utama negara ini.

Semasa menghadiri Konvensyen keADILan Johor baru-baru ini, YB Saudara Saifuddin mempersoalkan bagaimanakah sebuah kerajaan asing boleh menjadi pemegang saham yang besar di dalam akhbar The Star dan News Straits Times.

Akhbar The Star adalah akhbar berbahasa Inggeris yang mempunyai edaran terbesar di Malaysia, diikuti oleh akhbar New Starits Times. Pemegang saham terbesar di dalam kedua-dua akhbar adalah parti-parti komponen Barisan Nasional - dengan MCA menguasai The Star dan UMNO menguasai NST.

Pendedahan Pemuda keADILan itu mengejutkan orang ramai dan perwakilan yang hadir di Konvensyen keADILan Johor itu.

Menurut salah seorang peserta konvensyen yang ditemui, pelbagai persoalan akan timbul bersabit penguasaan saham kerajaan Singapura itu.

"Di kala hubungan di antara kedua-dua buah negara agak tegang dengan pelbagai isu - dari larangan bertudung, tuduhan kerajaan Singapura bahawa Malaysia memberi muka kepada pengganas kepada isu air - sudah tentu rakyat khuatir kenapakah kerajaan Malaysia menyembunyikan dari rakyat pemilikan akhbar sebegini besar? " soal seorang perwakilan keADILan Johor yang turut hadir.

Sejurus itu, YB Saudara Saifuddin menggesa Perdana Menteri memberi penjelasan segera bagaimana kepentingan kerajaan Singapura boleh menjadi pemegang saham yang keempat terbesar do dalam akhbar-akhbar itu.

Seorang perwakilan juga merasakan rasa kesal dengan sikap menikus Pemuda UMNO yang disifatkannya 'merangkak menyembah' Pemuda PAP setelah sayap parti pemerintah Singapura berhaluan kanan itu memberi kata dua kepada Pemuda UMNO. Ketuanya Datuk Hishamuddin Tun Hussein dipetik berkata Pemuda UMNO mahu 'menyelesaikan masalah secara aman', walaupun sebelum itu Pemuda UMNo cuba membantah larangan bertuduh yang dikeluarkan kerajaan Singapura.

Apabila ditanya tindakan lanjut yang akan diambil oleh Pemuda keADILan, YB Saudara Saifuddin berkata siasatan lanjut akan dibuat oleh Unit Penyelidikan Pemuda dan hasil siasatan akan didedahkan kepada orang ramai



 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net