Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Saiffudin: Penghinaan Terhadap Ulama' Isu Mainan Umno
 


Timbalan Ketua Pemuda KeADILan, Sdr Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan isu kononnya Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) menyatakan bahawa golongan ulama' dan cendekiawan Islam tidak boleh dikritik adalah satu pesongan dan propaganda politik oleh puak ultra-liberal dalam UMNO.

Dalam ucapan beliau di Ceramah Anugerah Nobel DSAI yang dianjurkan oleh Pemuda KeADILan Pahang di Taman Melewar pada 28 Februari yang lalu, Saifuddin menjelaskan bahawa PUM menuntut Raja-raja Melayu bertindak terhadap para penulis yang menghina Allah dan Rasul-Nya, bukan menghentikan kritikan terhadap ulama'. Saifuddin memaklumkan bahawa beliau telah membaca sendiri potongan tulisan oleh para tertuduh yang menggambarkan Nabi Muhammad seabagai "pengamal seks bebas".

"Ini menunjukkan dengan jelas bahawa para penulis ini menghina baginda Rasul S.A.W. Dan ini tidak menghairankan. Antara yang mula-mula menghina Rasulullah S.A.W. adalah Mahathir Mohamad sendiri bila mana beliau menyatakan Nabi tidak cukur kerana zaman Nabi tiada Gillette".

Saifuddin menyatakan UMNO mahu ulama' dihina dan ditekan kerana merekalah antara kumpulan yang paling berani mengkritik tindakan kerajaan yang kuat mengamalkan rasuah dan kronisme yang bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam. Golongan ulama' berani mengkritik UMNO kerana mereka mempunyai hubungan rapat dengan raja-raja Melayu sebagai tunggak agama Islam di negara ini.

Saifuddin menyeru agar Raja-raja Melayu menimbangkan memorandum PUM itu dengan sewajar-wajarnya kerana ia menerangkan secara jelas dan teliti rentetan peristiwa yang berlaku termasuk bukti-bukti sekali.

Dalam pada itu, Saifuddin juga menerangkan bahawa kerajaan tidak seharusnya mempolitikkan isu agama kerana ini boleh membawa kekeliruan di kalangan ummah selain menunjukkan kedangkalan ilmu UMNO dalam bidang agama.


 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net