Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pemuda keADILan A'Bangsa: Mahathir Dan Mugabe Guna Taktik Kotor Yang Sama
 


KUALA Lumpur: Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda keADILan Saudara Rafizi Ramli memberitahu pemuda-keadilan.org bahawa kemerosotan kebebasan demokratik di negara ini di bawah Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mirip apa yang berlaku di Zimbabwe.

Minggu lalu, dunia digemparkan apabila Presiden Robert Mugabe, teman rapat Perdana Menteri dari benua Afrika menuduh pemimpin pembangkang Morgan Tsvingarai dari Gerakan Bagi Perubahan Demokratik (Movement for Democratic Change - MDC) cuba membunuhnya dengan mengupah pembunuh upahan.

Beliau membuat tuduhan itu berdasarkan satu rakaman pita video yang dibuat oleh seorang bekas ejen Israel, yang kini bekerja sebagai pembantunya.

Akibat dakwaan tersebut, pemimpin-pemimpin tertinggi MDC kini terpaksa berdepan dengan dakwaan mengkhianati negara.

Menurut Saudara Rafizi, rakyat perlu membuka mata dan mempelajari sejarah yang jelas mendedahkan bagaimana diktator-diktator mengekalkan kuasa mereka.

"Di Malaysia pun kita sudah masak dengan fitnah kononnya pembangkang cuba membunuh, cuba melancarkan pemberontakan bersenjata dan sebagainya, tetapi rakyat perlu peka bahawa tuduhan-tuduhan sebegini hanya kita dengar dari pemimpin bertaraf diktator sahaja, bukan pemimpin berorientasikan nilai demokratik," kata beliau ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau juga menyeru aktivis Barisan Alternatif agar tidak patah semangat dengan tekanan-tekanan kerajaan. Menurut beliau, di mana-mana pun, gerakan menumpaskan kekuasaan mutlak memang memakan masa yang lama - tetapi memerlukan keazaman.

"Bukan sahaja kita di Malaysia yang dipukul, atau perhimpunan diganggu pihak polis - perkara yang sama berlaku di Zimbabwe. Jika mereka boleh bertahan selama ini, kita juga perlu mempunyai ketabahan yang sama," kata beliau lagi.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net