Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Saifuddin: Majlis Perundingan Ulama Tidak Perlu
 


Timbalan Ketua Pemuda KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail menyatakan cadangan penubuhan Majlis Perundingan Ulama' oleh Abdullah Badawi adalah satu gimik politik dan perbuatan berbau opportunisme.

Abdullah Badawi semalam mencadangkan penubuhan Majlis Perunding Ulama' yang "kononnya akan menjadi arena perbincangan di kalangan cerdik pandai dan cendekiawan muslim".

Kata Saifuddin, "Telah banyak badan-badan yang lebih sesuai menjalankan tugas ini termasuk Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), IKIM dan JAKIM. Mengapa baru sekarang kerajaan ingin mencadangkan satu kumpulan baru yang kononnya menjadi arena perbincangan? Kerajaan boleh berbincang denga PUM. Malah Raja-raja Melayu sendiri pernah berbincang dengan PUM. Adakah ini bermakna kerajaan meletak dirinya di atas Raja-raja Melayu atau Majlis Raja-raja Melayu?"

Tambah Saifuddin, "Tindakan kerajaan banyak menekan dan menghina ulama'. Antaranya pemecatan bekas Mufti Selangor, Sahibus Samahah Datuk Ishak Baharom kerana menerapkan peraturan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri. Ulama' juga diperkecil-kecilkan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad sebagai "primitif" dan "ketinggalan zaman".

"Adalah lebih baik jika kerajaan berhenti menghina ulama' dan berbincang dengan mereka. Terutamanya kerajaan harus memberi peluang kepada ulama' menjalankan tugas mereka, termasuk mengkritik tindakan yang bertentangan dengan syarii," kata Saifuddin lagi.

Pemuda KeADILan berpendapat cadangan menubuhkan Majlis Perundingan Ulama' adalah tindakan untuk mengaburi mata rakyat dan mengetengahkan ulama' yang digaji oleh UMNO untuk mendewa-dewakan Mahathir dan melaksanakan agenda sempit parti politik tersebut.

"Sebenarnya yang mepergunakan ulama' adalah UMNO kerana sesetengah daripada mereka diupah untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kabur yang kebanyakannya menyebelahi fahaman sempit politik UMNO".

"Majlis Fatwa Kebangsaan juga akan diketepikan jika Majlis Perundingan Ulama' ditubuhkan".

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]