Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pemuda keADILan: Majlis Perundingan Gimik Politik Abdullah Badawi
 


Pemuda KeADILan menegaskan cadangan penubuhan Majlis Perundingan Ulama' oleh Abdullah Badawi adalah satu gimik politik semata-mata.

Kata seorang jurucakap Sekretariat Pemuda KeADILan, "Majlis perundingan adalah taktik Pak Lah. Pak Lah bukanlah satu ahli politik cerdik. Taktik-taktik beliau kenbanyakan ketinggalan zaman. Ia dikorek dari buku-buku politik tahun 70-an. Antaranya penubuhan majlis perundingan. Namun majlis perundingan ini hanyalah kedai kopi, tempat berborak, bersembang dan menghabiskan masa.

Sebelum ini Abdullah Badawi menubuhkan Majlis Perundingan Pelajar. Namun para perserta majlis itu merupakan pak turut, pak sanggup dan pak angguk dari kalangan pemimpin pelajar bercap UMNO dan Puteri UMNO. Mereka hanya mengangguk dan mengiakan monolog Pak Lah. Ada antara mereka yang mengatakan Pak Lah bercakap seorang diri selama satu jam setengah tanpa dengan sebarang komen daripada pemimpin pelajar. Majlis Perundingan Pelajar lebih sesuai dikatakan majlis syok sendiri.

Abdullah Badawi, anak bekas ulama' UMNO, Almarhum Dato' Ahmad Badawi, tidak mewarisi ketokohan ulama' keluarganya. Sebaliknya Abdullah terbawa-bawa dengan politik UMNO yang membenci golongan ulama' dan cendekiawan Islam.

"Penubuhan Majlis Perundingan Ulama' adalah satu lagi taktik murahan Abdullah Badawi untuk ketepikan isu hangat masa ini, iaitu penghinaan terhadap Islam, baginda Rasulullah s.a.w. dan fahaman serta kepercayaan Islam. Keberanian golongan menghina Islam ini semakin menjadi-jadi apabila Mahathir Mohamad menghina rasul sebagai seorang kasar yang tidak pandai bercukur. Sebenarnya Mahathir Mohamad yang memulakan gerakan menghina Islam yang kini diikuti oleh puak ekstremis yang sehaluan dengannya.

Walaupun Majlis Perundingan Ulama' akan diberi publisiti meluas dalam dada akhbar, tidak sangsi lagi para penyokongnya akan terdiri daripada ulama' upahan UMNO seperti Nakhaie Ahmad, Dasuki Ahmad, Yusof Nor, Hamid Zainal Abidin dan Hamid Othman.

"Mungkin juga Abdullah Badawi patut melantik pemimpin ulama' kesayangan Mahathir, Astora Jabat, sebagai pengerusi Majlis Perundingan Ulama Kebangsaan," kata jurucakap Sekretariat Pemuda itu lagi, secara berseloroh.


 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]