Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pemuda keADILan: Seru Kaji Dasar Hak Asasi Malaysia
 


Tindakan Badan Pelaburan Perkerja Awam California (Calpers) menarik balik AS$ 100 juta (RM 380 juta) daripada pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) atas dasar hak asasi manusia di Malaysia amat buruk bukanlah satu tindakan mengejutkan. Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda KeADILan, Sdr Rafizi Ramli memaklumkan tindakan itu tidak dibuat secara melulu tetapi berdasarkan rekod Malaysia yang amat buruk dalam mempertahankan hak asasi manusia Malaysia, termasuk dalam menyerapkan rekomendasi SUHAKAM, badan pemantauan hak asasi manusia yang ditubuhkan parlimen Malaysia.

Menurut Rafizi, "Kita tidak harus memandang negatif tersebut, tetapi sebalkiknya cuba menyelesaikan isu dengan menerima cadangan-cadangan yang terkandung dalam laporan SUHAKAM, termasuk kebebasan berkumpul dan berpolitik, membaiki keadaan penjara dan pusat tahanan serta menukar ISA dengan akta yang membolehkan perbicaraan terbuka atau permohonan habeas corpus yang adil dan saksama".

Rafizi mengulas tindakan Calpers itu bukanlah satu serangan terhadap Malaysia, tetapi terhadap kerajaan yang berdegil menekan dan menindas rakyat sambil membohongi masyarakat dunia kononnya Malaysia sebuah negara demokrasi.

"Walaupun Calpers harus melakukan pemantauan dan pengajian semula secara berkala terhadap keputusan tersebut, namun kerajaan Malaysia harus menimbang keputusan itu dengan sewajarnya, bukan memaki-hamun tanpa sebab dan secara kebudak-budakan."

Jika tindakan Calpers itu diikuti oleh badan-badan lain di Amerika Syarikat, hampir 20% modal pasaran antarabangsa di BSKL boleh lesap begitu sahaja.

"Penarikan semula modal Calpers akan mengakibatkan tekanan terhadap indeks BSKL kerana pelaburan mereka adalah dalam syarikat-syarikat ternama (blue chip) yang tersenarai. Tidak hairan jika syarikat-syarikat ini menghadapi kesulitan meminjam wang pada kadar bunga yang rendah akibat tindakan Calpers," tambah Rafizi lagi.

Pemuda KeADILan menyeru agar kerajaan segera menangani isu-isu hak asasi manusia supaya ianya tidak menjadi halangan terhadap pelaburan asing di negara ini.



 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]