Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Skandal MAS Akan Dibongkar Kepada Rakyat
 


KUALA Lumpur: Pemuda keADILan merancang untuk meneruskan program sebaran maklumat kepada rakyat mengenai penyelewengan-penyelewengan pemimpin-pemimpin UMNO, terutamanya yang bersabit dengan skandal MAS.

Awal minggu ini, Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat) mengesahkan laporan akhbar asing bahawa MAS telah membuat satu laporan polis mengenai pelbagai penyelewengan semasa ia berada di bawah pengurusan Tan Sri Tajuddin Ramli, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan kerajaan dan UMNO.

Menurut laporan-laporan akhbar serantau, penyelewengan itu bersabit dengan pengurusan bahagian kargo MAS. Sumber dalaman MAS membayangkan laporan audit yang baru selesai mendapati berlaku banyak 'related party transactions' (urusan perniagaan dengan pihak yang berhubungkait dengan pemilik bagi tujuan mengabui mata pemegang saham) yang memberi keuntungan besar kepada Tan Sri Tajuddin Ramli, sedangkan MAS menanggung kerugian besar.

Jurucakap Sekretariat Pemuda keADILan berkata isu laporan polis yang dibuat oleh MAS sendiri ini akan dibawa di dalam semua ceramah dan majlis penerangan anjuran Pemuda keADILan. Sekretariat Pemuda juga dijangka akan menerbitkan risalah untuk diedarkan memaklumkan kepada rakyat butir-butir terperinci skandal penyelewengan oleh kroni UMNO itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda keADILan, Saudara Saifuddin Nasution menyifatkan laporan polis itu sebagai bukti bahawa pendedahan Pemuda keADILan mengenai penyelewengan itu adalah benar.

"Lebih setahun lepas, Ketua Pemuda Saudara Ezam memimpin ribuan rakyat membuat laporan polis mengenai penyelewengan ini di Balai Polis Sepang. Sekarang, kerajaan ingin menutup perkara ini dengan menahan Saudara Ezam dan mempastikan berita laporan polis oleh pihak MAS sendiri tidak dilaporkan," kata beliau pagi ini.

Saifuddin akan membuat kenyataan akhbar mengenai isu ini di pejabat Ahli Parlimen Permatang Pauh di Kompleks Perda, Permatang Pauh, pagi ini.

Beliau menggesa agar Jabatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman menyiasat perkara ini dengan bersungguh-sungguh untuk membawa mereka yang terbabit ke muka keadilan.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]