Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Dr Wan Azizah: P.Pinang Jadi Kepala Keretapi Reformasi Politik Parti KeADILan
 


BUKIT MERTAJAM- Pulau Pinang akan menjadi ‘kepala keretapi’ reformasi politik yang dipelopori parti KeADILan untuk seluruh negara, kata Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Keadilan Pulau Pinang di sini Khamis, beliau berkata partinya memilih negeri itu kerana keunikannya dan kesesuaiannya dengan prinsip perjuangan parti.

“ Pulau Pinang bagi parti Keadilan amatlah penting dan bermakna, kerana negeri ini memperlihatkan kemajmukan daripada segi penduduk dan kebudayaan. Sejarah perkembangan politiknya juga secocok dengan prinsip Keadilan yang mendokong ketelusan, keadilan dan kemajmukan rakyat,” tegasnya.

Kira-kira 500 orang perwakilan negeri Pulau Pinang menghadiri mesyuarat agung yang berlangsung di sebuah dewan persatuan Dao ( ajaran agama ) Cina di sini.

Menurut Dr Wan Azizah, Pulau Pinang merupakan tapak pertama suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki arena politik secara rasminya.

“ Maka Pulau Pinang akan menjadi kepala keretapi reformasi politik yang didokong parti Keadilan untuk dibawa ke seluruh negara. Matlamat ini nyata amatlah bermakna bagi rakyat dan Keadilan peringkat negeri di Pulau Pinang,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Dr Wan Azizah menggesa ahli-ahli partinya meneruskan perjuangan mereka dengan memupuk semangat berani mengkritik, dan menentang sebarang kawalan terhadap kebebasan rakyat bersuara dan berfikir, demi menguatkan negara ini.

Beliau juga mahu partinya mempergiatkan usaha mencari ahli baru dan mengukuhkan sokongan di peringkat akar umbi.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net