Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Perbicaraan Anwar Paling Tidak Adil Dan Augustine Paul Ugut Pegumbela
 


Para peguam Anwar menyifatkan perbicaraannya atas tuduhan rasuah antara "perbicaraan yang paling tidak adil dalam sejarah Malaysia". Mereka menyatakan pendirian tersebut di dalam sambungan persidangan rayuan mereka ke Mahkamah Persekutuan semalam.

Sebelum ini, persidangan tersebut yang pada asalnya dijadualkan pada hari Isnin, 25 Mac terpaksa ditangguhkan kepada hari Selasa di atas satu ancaman bomb di mahkamah yang palsu.

Peguam Anwar, Christopher Fernando memberitahu persidangan rayuan bahawa hakim Augustine Paul telah melanggar peraturan-peraturan keadilan dalam melarang peguambela Anwar mengemukakan bukti dan saksi-saksi yang penting dalam kes tersebut.

Seorang lagi peguam Anwar, Sulaiman Abdullah, menambah bahawa hakim Augustine Paul juga bersifat "konfrontasi" terhadap peguambela Anwar. "Hakim tersebut tidak bertindak adil dalam kes tersebut," kata Sulaiman.

Persidangan tersebut akan bersambung dengan hujah-hujah dari pihak pendakwaraya hari Khamis.


Peguambela Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Persekutuan dalam kes rasuah yang lalu, hakim telah mengugut mereka.

Peguambela Anwar, Christopher Fernando berkata perbuatan hakim Augustine Paul itu menganggu mereka daripada menyoal saksi.

“Beberapa kali ugutan ini dibuat terhadap beberapa peguam yang mewakili pihak Datuk Seri Anwar. Hakim tidak membenarkan kami membangkitkan conspiracy political. Kami memberitahu Yang Arif, ini adalah pembelaan kami. Setiap kali kami cuba, kami diugut dengan proceeding contempt.”

Tambahnya Augustine berkata dia telah membuat perintah konspirasi politik itu tidak relevan, peguambela sepatutnya sedar akibat tidak mematuhi perintah hakim.

Kata Christopher, Augustine menyingkirkan saksi-saksi yang dapat menyokong hujah terdapat pemalsuan bukti. Menurutnya, Augustine berkata saksi-saksi itu tidak relevan.

Dia berkata saksi-saksi itu sepatutnya diberi peluang memberi keterangan sebelum menentukan keterangan-keterangan itu relevan atau tidak.

Seorang lagi peguambela, Sulaiman Abdullah, turut mengemukakan peristiwa pihak pendakwaraya melapor kepada polis tentang kehilangan nota bukti kes.

Katanya tindakan polis menggeledah beg Pawancheek Marican itu juga merupakan satu bentuk ugutan.




 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net