Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Proses Perbicaraan Anwar Bersifat Menindas - Peguam
 





KUALA LUMPUR,- Peguambela bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa proses perbicaraan terhadap Anwar tidak adil kerana ia bersifat menindas.

Christopher Fernando berkata demikian semasa sesi penghujahan menggesa Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan Anwar mengenepikan hukuman rasuah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 14 April 1999.
Perbicaraan kes rayuan Anwar hari ini bermula semalam tetapi ditunda ke hari ini setelah menerima panggilan bom palsu di mahkamah.

Rayuan Anwar tersebut didengar di hadapan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Mohamed Dzaidin Abdullah, Ketua Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Haidar Mohamed Nor.

Fernando mendakwa, sejak awal perbicaraan, Hakim Augustine Paul mengenepikan keterangan yang berkemampuan mmengurangkan wibawa kes pihak pendakwa.

Barisan peguambela terdiri daripada Raja Aziz Addruse, Sulaiman Abdullah, Christopher Fernando, Sankara Nair, Zainur Zakaria, Gurbachan Singh, Pawancheek Marican, Kamar Ainiah Kamaruzzaman dan Zulkifli Nordin.

Pendakwaraya diwakili Peguam Negara, Abdul Gani Patail, Timbalan Pendakwaraya, Azahar Mohamed, Mohd Yusof Zainal Abiden, Tun Hassan dan Shamsul Sulaiman.

Anwar sebelum ini telah membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan bagi mengenepikan hukuman enam tahun penjara atas kesalahan empat kes rasuah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 14 April 1999.

Bagaimanapun, keputusan Mahkamah Rayuan ialah mengekalkan hukuman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan rasuah dan campurtangan dalam siasatan polis dalam kes tuduhan-tuduhan seks ke atas Anwar. Hukuman Anwar ini dijatuhkan oleh Hakim Augustine Paul pada 14 April 1999.

Selain itu, sejam selepas sidang perbicaraan bermula pagi tadi, kelihatan Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Nor hadir di dalam kamar mahkamah, selain Adun Hulu Klang, Azmin Ali.

Ketika perbicaraan berhenti rehat, Dato' Fadzil berkesempatan menemui Anwar sambil berbual mesra dan bertanyakan khabar.

Anwar, 54, tetap ceria dan tenang walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda dan alat sokongan leher.

(HarakahDaily)

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net