Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Perbicara Anwar Ditangguh Kerana Panggilan Bom
 





KUALA LUMPUR- Bicara rayuan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya ditangguhkan ke jam 2.00 petang ini sahaja terpaksa ditangguhkan sehingga pagi esok apabila "bom" yang dikatakan ada di situ belum ditemui.

Mahkamah telah dikosongkan kira-kira jam 9.15 pagi apabila satu pangilan telefon yang mengatakan adanya bom diletakkan di mahkamah itu.
Kesemua yang hadir termasuk Anwar dan keluarga, hakim dan para peguam diarahkan mengosongkan mahkamah itu.

Perbicaraan terhadap rayuan Anwar di depan tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Dzaiddin sepatutnya disambung pada pagi ini.

Semalam beberapa orang pegawai kanan polis kelihatan di Penjara Sungai Buluh termasuk Musa Hassan.

Ura-ura perbicaraan hari ini akan ditangguhkan telah disiarkan oleh beberapa laman web sejak tiga hari lepas lagi.

Dengan penangguhan ini, bermakna berita angin tersebut sudah menjadi kenyataan.

Anwar Ibrahim telah dihantar pulang ke penjara sejak pagi-pagi lagi sebaik sahaja dimaklumkan mengenai penangguhan itu.

"Papa telah dihantar ke Sungai Buluh. Mana mungkin sambung balik pukul dua," kata salah seorang anaknya ketika dihubungi jam satu lebih bagi mengesahkan apakah mahkamah akan bersambung jam dua petang.

(HarakahDaily)

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net