Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pak Lah Dicabar Letak Jawatan- Azmin
 

Oleh Helme Hanafi

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
dicabar meletakkan jawatan jika sekiranya gagal untuk menamakan bekas
menteri yang didakwa menyalurkan bantuan bernilai RM38 juta kepada
pertubuhan Islam radikal di Amarika Syarikat.

Naib Presiden Keadilan, Azmin Ali berkata, Abdullah perlu membuktikan
bahawa beliau tidak membuat serkap jarang tentang pembabitan seorang
bekas menteri menyalurkan dana kepada pertubuhan radikal di Amerika.

Isu terbabit timbul apabila seorang ulama dari Amarika Syarikat (AS)
mendakwa ada bekas menteri kabinat Malaysia membiayai pertubuhan Islam
radikal di AS. Media arus perdana kemudiannya mengutip komen-komen yang
mengambarkan seolah-oleh orang yang dimaksudkan itu adalah bekas
timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Menamakan bekas menteri tersebut adalah penting kerana Anwar Ibrahim
bukanlah satu-satunya bekas menteri kabinat. Daim Zainudin juga bekas
menteri kabinet, Sanusi Junid juga bekas menteri kabinet, Hamid Othman
juga bekas menteri kabinat, jadi siapa bekas menteri yang menyalur dana
sebanyak RM38 juta tersebut,"kata Azmin.

Azmin berkata, Abdullah telah berjanji untuk menyiasat tetapi telah
berminggu-minggu laporan siasatan tersebut tidak juga diumumkan kepada
rakyat.

"Ini menimbulkan kegelisahan kerana ia akan menimbulkan fitnah,"katanya
lagi.

Menurut Azmin, Syeikh Hisham Kabbani yang menjadi sumber kepada laporan
tersebut boleh membantu Menteri Dalam Negeri dalam siasatan tersebut.

"Sekiranya siasatan yang sebegini mudah tidak dapat dilakukan lebih
baik beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri,"cabar Azmin.

Isu tersebut timbul apabila Syeikh Hisham Kabbani yang datang ke
Malaysia mendakwa ada bekas menteri kabinet yang menyalurkan dana bernilai
USD10 atau RM38 juta kepada sebuah pertubuhan radikal di Amarika.

Kenyataan Kabbani kemudiannya dilaporkan segara besar-besaran oleh
media massa tempatan tanpa menyiarkan nama bekas menteri tersebut.

Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah beberapa hari kemudiannya
mencabar kerajaan menamakan bekas menteri tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kemudiannya
berkata bahawa siasatan akan dibuat dan kerajaan akan mendedahkan nama
menteri berkenaan.

Sementara itu, Datin Seri Wan Azizah ketika menjawab soalan wartawan di
dalam sidang media selepas merasmikan 'Kempen wanita dan Keamanan' di
ibupejabat parti berkata, Keadilan mendesak Abdullah segera menamakan
bekas menteri tersebut.

"Seperti juga kenyataan saya sebelum ini di Pulau Pinang, Abdullah
perlu menamakan menteri berkenaan suapaya rakyat tidak keliru,"katanya
kepada wartawan.

Sehingga berita ini ditulis, tiada sebarang pengumuman yang dibuat oleh
kerajaan atau Menteri Dalam Negeri berkenaan dengan isu tersebut.
Bahkan banyak pihak berpendapat bahawa kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu
daripada pengetahuan masyarakat berkenaan dengan isu terbabit.

(BKO)

Dapatkan keluaran terbaru Berita keADILan dipasaran sekarang

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net