Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Puteri Reformasi Dan Puan Bahirah Di UK Akhir Bulan Ini
 


KUALA Lumpur: pemuda-keadilan.org dimaklumkan bahawa Puan Bahirah Tajul Aris dan Saudari Nurul Izzah Anwar akan berada di United Kingdom akhir bulan ini dalam rangka lawatan singkat ke Eropah.

Mereka dipercayai akan singgah buat beberapa hari di United Kingdom dalam perjalanan ke Eropah bagi menghadiri Sidang Kemuncak Hak Asasi Manusia Sedunia anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Sidang itu adalah acara tahunan yang dianggap terbesar dalam kalendar aktivis hak asasi manusia seluruh dunia.

Sejak beberapa tahun yang lalu, Saudari Nurul Izzah telah menjadi salah seorang tokoh muda paling dikenali di sidang itu apabila beliau bercakap mengenai prestasi hak demokratik dan rekod hak asasi manusia Malaysia yang semakin mengecewakan akhir-akhir ini.

Kehadiran Puan Bahirah kali ini dijangka akan memberi dimensi baru kepada perjuangan hak asasi manusia di Malaysia kerana ia akan membawa suara tahanan-tahanan ISA Malaysia terutamanya enam orang tokoh reformasi dan pemimpin keADILan yang dipenjarakan tanpa bicara sejak lebih setahun yang lalu.

Seorang aktivis hak asasi manusia yang meminta nama beliau dirahsiakan memberitahu, penglibatan Puan Bahirah dan isteri-isteri yang lain adalah penting apatah lagi ekoran peristiwa 11 September, yang mana kerajaan-kerajaan yang berorientasikan kuku besi memperketatkan lagi undang-undang tanpa bicara seperti ISA.

Kedua-dua mereka dijangka akan menyertai satu forum khas membincangkan mengenai impak ISA, kebebasan bersuara dan hak asasi manusia dengan masyarakat Malaysia di London. Mereka juga dijangka akan berjumpa dengan kumpulan pelajar-pelajar Malaysia di sana.

Bagi kumpulan pelajar yang berminat untuk mengadakan perjumpaan dengan Puan Bahirah dan Saudari Nurul Izzah, diminta menghubungi Sekretariat keADILan di London di alamat antarabangsa@pemuda-keadilan.org

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net