Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Rayuan DSAI: Bersambung 25 Mac
 


Mahkamah Persekutuan menetapkan 25 Mac ini untuk mendengar rayuan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim setelah ditangguhkan pada 7 Feb lalu.

Anwar dipecat dari jawatan dalam kerajaan pada 2 September 1998. Beliau ditahan di bawah ISA pada 20 September tahun yang sama sehari selepas berjaya menganjurkan tunjuk perasaan anti kerajaan terbesar dalam sejarah poltik Malaysia.

Anwar kemudiannya dibebaskan dari ISA dan didakwa atas tuduhan menyalahgunakan kuasa mengikut Ordinan 22 (kuasa-kuasa perlu) 1970. Hakim Mahkamah Tinggi Dato’ Augustine Paul menjatuhkan hukuman enam tahun penjara ke atas Anwar pada 14 April 1999. Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan ini bila rayuan dibuat pada April 2000.

Setelah tiga kali ditangguh, akhirnya Mahkamah Persekutuan mula mendengar kes tersebut pada 4 Feb lepas. Ikuti perjalanan perbicaran tersebut yang disusun dan diterjemah secara bebas oleh wakil Harakah, ER.




Fakta Kes Anwar Ibrahim


Fakta kes:
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Dato’ Seri Anwar Ibrahim lawan Pendakwa raya

Hakim:
Tan Sri Dzaiddin Abdullah.
Tan Sri Steve Shim
Dato’ Haidar Mohd Noor

Peguam bela:
Raja Aziz Addruse
Sulaiman Abdullah
Aris Rizal Christopher Fernando
Pawanchek Marican
Zainur Zakaria
Kamar Ainah Kamaruzzaman
Zulkifli Nordin
Sankara N Nair
Gurbachan Singh

Pendakwaraya
Dato’ Abdul Gani Patail
Dato’ Azhar Mohamad
Yusof Zainal Abidin
Tun Majid Tun Hamzah
Nordin Hasan

Hari pertama

Saksi yang yang berubah-ubah tidak boleh diterima pakai- Raja Aziz Peguan Anwar, raja Aziz Adrussee memulakan penghujahan bagi pihak pembela

pada hari pertama perbicaraan dengan mempertikai kewibawaan dua saksi utama pendakwa.

Raja Aziz memberitahu mahkamah bahawa saksi-saksi pendakwa, Mohd Said Awang dan Amir Junus, kedua-duanya bekas ketua Cawangan Khas adalah saksi yang tidak boleh diterima kerana memberi kenyataan yang berbeza-beza. Ketika perbicaraan Anwar di Mahkamah Tinngi, Said dan Amir memberitahu mahkamah bahawa mereka memaksa Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar menarik balik tuduhan salah laku seks terhadap Anwar atas arahan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam bulan Ogos 1997.

Walau bagaimana pun, menurut Raja Aziz, kedua-dua mereka pada masa yang sama menulis surat kepada Anwar menyatakan bahawa beliau tidak bersalah atas apa jua kesalahan salah laku seks.



Hari Kedua

Peguam bela persoal tindakan Paul padam bukti di saat akhir Apabila mahkamah bersambung pada hari kedua, Raja Aziz berhujah bahawa penggunaan Ordinan 22 untuk mensabitkan Anwar adalah satu penyalahgunakan kuasa mahkamah kerana ordinan tersebut telah dibatalkan oleh Dewan Rakyat pada tahun 1997.

“Bila sesuatu undang-undang telah dibatalkan oleh Dewan Rakyat, proses seterusnya ialah membawanya ke Dewan Negara untuk dibatalkan. Oleh itu tidak adil jika ia digunakan terhadap Anwar,” kata Raja Aziz.

Raja Aziz juga mempersoalkan tindakah Hakim Augustine Paul memadamkan bukti-bukti salah laku seks di saat-saat akhir. “Memang dari awal niat pendakwa ialah untuk membuktikan tuduhan tersebut. Kerana itu tilam diusung setiap hari.

Walau bagaimana pun, tindakan mahkamah memadamkan semua bukti tersebut menafikan peluang Anwar untuk mencabar tuduhan tersebut, sedangkan imej beliau telah tercemar teruk,” kata Raja Aziz.

Raja Aziz menambah sepanjang perbicaraan, bukti-bukti pihak pembela tidak diberi pertimbangan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.



Hari ketiga

Mahathir sahkan tuduhan ke atas Anwar dalah palsu-peguam.

Peguam bela kanan, Raja Aziz Addruse meneruskan penghujahan pada hari ketiga dengan menunjukkan kepada mahkamah keratan akhbar bertarikh 25 Ogos 1997 yang menyiarkan kenyataan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengesahkan bahawa tuduhan salah laku seks terhadap Anwar adalah palsu.

Dalam kenyataan itu, Mahathir mengesahkan menerima surat dari Azizan Abu Bakar yang membuat tuduhan terhadap Anwar. “Bagaimana pun, Mahathir berpendapat cara surat itu ditulis adalah diluar kemampuan penulis tersebut dan ada orang lain yang merangka surat tersebut bagi pihak Azizan,” kata Raja Aziz.

Menurut Raja Aziz, Mahathir juga dilaporkan berkata Azizan kemudiannya mengaku bahawa kandungan surat tersebut adalah palsu dan bukan beliau yang menulisnya. Azizan juga berkata bahawa dia membuat pengakuan itu secara suka rela dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.

“Kenyataan Azizan ini kemudiannya disahkan oleh Ketua Polis Negara dalam sidang media lainnya,” kata Raja Aziz. Tamabah Raja Aziz, Mahathir seterusnya mengatakan bahwa tuduhan yang dibuat terhadap Anwar tidak merosakkan reputasinya kecuali ada orang yang terlalu bodoh dan mempercayai.


Tangan pembela diikat -Sulaiman

Peguam Sulaiman Abdullah menyambung penghujahan bagi pihak peguam bela dengan menyatakan sejak hari pertama perbicaraan, Anwar mendapat tidak mendapat peluang.

“Hakim (Dato’ Augustine Paul) mengubah kedudukan tiang gol ketika permaian berlangsung.” Kata Sulaiman dengan mengambil contoh perbicaraan sebagai satu permainan bola.

"It is like the defence hand being tied up, not allowed even to cross the half line, every time we touch the ball, the referee will blow his whistle, and at the end of the day, the referee score the goal for the prosecution himself".

“Setiap kali pihak pembela nampak hendak menang, hakim menukar peraturan permainan. Hakim tersebut bukan sahaja sentiasa mengubah tiang gol, malah beliau selalu saja offside.

“Tangan pembela diikat, tidak dibenar untuk menyeberangi garisan tengah. Setiap kali kami menyentuh bola, pengadil akan meniup wisel. Akhirnya pengadil menjaringkan gol untuk pendakwa,” kata Sulaiman disambut dengan ketawa dari orang ramai di galeri awam.


Hari keempat.

Hakim Paul tidak mengendahkan bukti - Sulaiman

Pada hari keempat,peguam Sulaiman Abdullah memulakan hujah dengan berkata keterangan Pengarah Cawangan Khas jelas menujukkan penglibatan Ketua Polis Negara sejak awal.

“Malah, KPN adalah orang yang mengarahkan agar penyiasatan dibuat terhadap tuduhan salah laku seks Anwar, dan bukan Anwar yang mengarahkan siasatan tersebut.” kata Sulaiman.

Menurut Sulaiman lagi, Ketua Cawangan Khas sebenarnya yang menghubungi Anwar untuk membincangkan kes tersebut dan bukan Anwar yang mengarahkan beliau datang untuk bertemu.

“Anwar bersedia untuk tidak memperdulikan perkara tersebut atas nasihat Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Nahathir Mohamad. Tetapi Cawangan Khas menekankan bahawa penyiasatan itu perlu dilakukan untuk mengetahui siapa dibelakang tuduhan tersebut ia kerana melibatkan keselamatan negara,” tambah Sulaiman.

Sulaiaman menambah, sebaliknya hakim (Dato’ Augustine Paul) memilih untuk tidak mengendahkan bukti-bukti ini dan membuat keputusan berdasarkan tafsiran sendiri.




 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net