Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Dividen Terendah KWSP Disebabkan Kerajaan Bela Kroni
 



KUALA Lumpur: Setiausaha Agung keADILan, Ir. Haji Sahri Bahri menyifatkan pengumuman 5% dividen oleh KWSP sebagai 'jawapan' kepada teka-teki pulangan kepada pencarum setelah ia terlibat di dalam kegiatan 'bail out' beberapa syarikat yang ada kaitan dengan pemimpin UMNO.

KWSP baru-baru ini mengisytiharkan dividen sebanyak 5%, iaitu yang terendah dalam masa 38 tahun.

Ir. Haji Sahri mempersoalkan alasan Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri bahawa dividen serendah itu adalah diakibatkan kelembapan ekonomi yang melanda negara.

"Adalah tidak munasabah pulangan dividen KWSP seburuk ini disandarkan kepada kelembapan ekonomi. Pada hal dalam masa yang sama Menteri Kewangan, Dr Mahathir Mohamad, dengan yakin mencanangkan bahawa prestasi ekonomi negara telahpun pulih," kata beliau di dalam satu kenyataan semalam.

Beliau juga merujuk kepada pulangan sebelum ini semasa negara dilanda masalah kemelesetan ekonomi. Menurut beliau, pulangan KWSP dari tahun 1987 ke 1990 adalah di antara 8% dan 8.5%, sementara ia menurun ke tahap 6.7% di kalan negara mengalami krisis kewangan 1997.

"Bezanya senario dahulu berbanding dengan sekarang ialah KWSP kini dijadikan sebagai kuda tunggangan bagi menyelamat entiti korporat yang bermasalah dan hampir nazak. Penyalahgunaan dana awam ini adalah sebahagian daripada rancangan Menteri Kewangan menyelamat entiti yang rapat dengan lingkaran politik parti pemerintah," jelas beliau lagi.

Beliau seterusnya mendedahkan bagaimana pelaburan KWSP dalam TimedotCom (syarikat milik UMNO) sahaj telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM80 juta pada hari penyenaraian.

Beliau memberi amaran agar "pihak pemerintah supaya jangan mensia-siakan wang pencarum hasil penat jerih keringat mereka untuk sewenang-wenangnya mengisi agenda politik yang menguntungkan segelintir entiti korporat yang rapat dengan mereka."

Mengulas perkara ini dengan lebih lanjut, Setiausaha Agung keADILan itu mahu pengurusan KWSP bertanggungjawab terhadap prestasi buruk itu. KeADILan juga katanya menyeru agar lembaga pengurusan KWSP dirombak dan pengurusan pelaburan perlu dibuat dengan lebih profesional dan telus.


Kenyataan Media:Dividen Terburuk KWSP - Perlu Ada Pertanggungjawaban
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net