Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Perlantikan Speaker D/Rakyat, Peguam Negara Dibangkit KeADILan
 


KUALA LUMPUR,- Parti KeADILan mahu Kerajaan membenarkan Speaker Dewan Rakyat dipilih dari kalangan ahli Parlimen dan bukan orang luar seperti yang diamalkan sekarang.
Setiausaha Agungnya, Sahri Bahri berkata, perlantikan sekarang yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menyebabkan penyandang jawatan itu “ tidak berkecuali”.

Yang Dipertua Dewan Rakyat sekarang, Tun Mohd Zahir adalah bekas hakim di negeri Kedah sebelum dilantik ke jawatan itu sejak tahun 80an.

"Kami sangat bimbang tentang perlakuan Speaker. Bagaimana beliau boleh berlaku adil dan berkecuali semasa menghadapi ahli-ahli Parlimen dari parti-parti pembangkang sedangkan beliau dilantik oleh Dr Mahathir?” tanya Sahri.

Katanya lagi, parti Keadilan Negeri Sembilan telah mengemukakan usul mengenai perkara ini dalam konvensyennya semalam memandangkan pengalaman ahli-ahli Parliamennya pada sesi yang lalu dan sesi tahun ini akan bermula esok.

Sahri berkata rakyat ingin melihat Parlimen menebus maruah dan kuasa asalnya dan dengan itu institusi itu tidaklah boleh bertindak sebagai penggubal undang-undang atau cop getah kerajaan sahana.

Selain itu, kata beliau, parti Keadilan juga meluluskan usul mendesak kerajaan membenarkan Parliamen melantik Peguam Negara. Amalan sekarang ialah Peguam Negara dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net