Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Anwar Ibrahim Nak Saman NST: Kaitkan Beliau Dengan Kumpulan Lobi Amerika
 
 

KUALA LUMPUR,- Bekas TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman terhadap kumpulan akhbar New Straits Times yang mendakwa beliau mempunyai hubungan dengan satu kumpulan lobi Amerika Syarikat.
Peguamcaranya, Sankara Nair dalam satu kenyataan media hari ini berkata,Anwar mengatakan bahawa laporan berita NST itu "menyusahkan, memutarbelitkan dan mencadangkan salahlakunya dalam memperolehi sokongan asing".

Sankara berkata Karpal Singh akan mewakili Anwar dalam saman itu. Karpal yang dihubungi memberitahu, beliau akan menemui Anwar esok dan memfailkan saman yang berkenaan secepat mungkin.

Menurut Sankara, Anwar berpendapat, laporan NST itu sebenarnya merujuk kepada perisytiharan berkanun yang lapuk yang dibuat oleh bekas timbalan gabenor Bank Negara Datuk Murad Khalid.

"Laporan akhbar itu tidak menyebut sebarang perkara yang baru bagi dakwaan-dakwaan yang terkandung di dalam perisytiharan itu, melainkan ia (NST) mengulangi sebahagian kenyataan-kenyataan yang bersifat memfitnah," kata kenayataan peguamcara itu.

Pada 1999, Murad mendakwa bahwa Anwar berjaya mengumpulkan wang haram sebanyak RM3 bilion semasa menjadi TPM dan pernah mendermakan 10 juta dolar Amerika kepada Douglas H Paal yang mengetuai sebuah think-tank, Asia Pacific Policy Center, Washington DC dengan tujuan bagi mempromosi imej Anwar di kalangan negara Barat menerusi media antarabangsa.

Anwar dalam kenyataannya hari ini juga menyebut bahawa memang pelik bagi Ketua Pengarang NST menyiarkan berita yang disebarkan sebuah majalah mingguan politik yang tidak dikenali ramai.

“Ini menunjukkan NST mempunyai motif yang jahat untuk memfitnah saya. Dengan itu saya mahu NST dan Ketua Pengarangnya Tan Sri Abdullah Ahmad bertanggungjawab ke atas penerbitan itu,” tambahnya.

Laporan NST dipetik dari majalah mingguan online The New Republic yang bertarikh 22 Februari.


(AgendaDaily)

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net