Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Zainur Zakaria Nafi Laporan "Perselisihan Pendapat"
 
 


Oleh Roy Rasul



KUALA LUMPUR,  - Bekas Naib Presiden KeADILan, Zainur Zakaria menafikan laporan sebuah akhbar hari ini yang mengatakan perletakan kesemua jawatan beliau dalam parti tersebut disebabkan "perselisihan pendapat".

Berita Harian hari ini melaporkan Zainur letak jawatan kerana berselisih pendapat dengan pandangan beberapa pemimpin kanan KeADILan dan bukannya disebabkan masalah kesihatan. Manakala menurut Zainur, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang beliau tidak berpuas hati dengan parti yang dianggotainya selama ini.

"Lagipun berita yang dilaporkan oleh akhbar tersebut hanya berdasar sumber-sumber, bukannya daripada mulut saya sendiri," katanya.

Oleh sebab itu katanya, berita tersebut adalah tidak tepat dan ia ditulis berdasarkan maklumat orang lain bukannya daripada beliau sendiri.

Bagaimanapun beliau yang dihubungi Harakah hari ini, mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat perletakan jawatannya dalam parti kepada Presiden keADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail pada awal bulan lepas.

Katanya, sebab utama beliau melepaskan semua jawatannya ialah kerana mahu menumpukan perhatian kepada urusan pejabat dan amalan guamannya.

Selain itu, beliau juga mahu berehat sementara demi kesihatannya. Beliau telah menjalani pembedahan jantung baru-baru ini.

"Buat masa ini biarlah saya bercuti dahulu dan Insya-Allah saya akan kembali aktif dalam parti apabila keadaan mengizinkan," katanya.

Menurutnya lagi, parti KeADILan mempunyai potensi untuk bergerak dengan cemerlang. Beliau juga tidak bersetuju sekiranya dikatakan parti KeADILan mengalami keretakan.

Menurutnya, dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) pun sentiasa bergolak terutamanya parti MCA.

"Itu adalah perkara biasa, ada yang tak puas hati dan sebagainya kerana kita berjuang bukan untuk kepentingan diri tetapi adalah untuk parti," katanya.

Sementara itu, beliau yang diminta mengulas mengenai peluang pembangkang bertanding dalam pilihan raya di Dun Ketari, Bentung tidak lama lagi berkata, pembangkang perlu meletakkan satu calon sahaja kalau mahu membolot kemenangan.

"Bagi saya tidak kiralah sama ada parti tersebut bergabung atau tidak, yang penting ia mesti mencapai satu kesepakatan dalam meletakkan pencalonan supaya tidak menjadi pertandingan tiga penjuru," katanya.

Tambahan pula katanya jika barisan pembangkang meletakkan dua calon, ia bukan sahaja merugikan tetapi juga melambangkan perpecahan antara parti pembangkang.

(HarakahDaily)

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net