Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pandangan AS dan Jerman Ke Atas Isu Anwar Dan Tahanan ISA
 



Selang 12 jam selepas Naib Presiden UMNO , Muhamad Taib mengeluarkan kenyataan bahawa pandangan terhadap masalah dan isu DSAI sudah luput dikalangan masyarakat Melayu, (tarikh 4 Mac.12.50 tengahari, Malaysiakini.com) , kedutaan US telah membalasnya pada jam 8.30 pagi , 5 Mac (anggaran masa kenyataan akhbar), manakala kedutaan Jerman pula mengeluarkan kenyataan yang sama mengecam cara bagaimana penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Mahathir keatas Dato Sri Anwar pada 6 Mac 2002 .

Menurut pandangan dari badan hak asasi negara tersebut (US) , Bahagian Asia Pasifik dan Asia, Anwar adalah merupakan “pemenjaraan politik”(political prisoner), dan dinafikan hak asasi beliau untuk mendapatkan rawatan sebagaimana yang sepatutnya. Amerika juga mengecam bagaimana 7 tahanan ISA yang lain dilayan dan menganggap mereka adalah “tahanan tanpa perbicaran politik”(political detainee), dan merupakan satu kesalahan dalam soal hak asasi manusia.

Sementara itu, melalui kenyataan badan hak asasi negara tersebut(Amerika) yang mengeluarkan kenyataan pada (2 Mac 2002 , bagi laporan tahun 2001) , baru-baru ini, menceritakan dengan panjang lebar isu dan cara bagaimana DSAI di tahan dan di diberikan layanan ketika di tahan di lokap. Termasuk juga ialah bagaimana diceritakan mengenai tingkahlaku bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor membelasah DSAI.

Pada (6 Mac 2002) , Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur turut mengeluarkan kenyataan dan menganggap bahawa kes Anwar dan tahanan ISA adalah “dipandang berat “ dan adalah tidak praktikal digunakan kerana ianya adalah peninggalan penjajah British , dengan menafikan hak perbicaraan ketas pesalah. Kedutaan Jerman juga mengeluarkan kenyataan mencemuh bagaimana 7 tahan ISA dikenakan pertuduhan yang belum mempunyai bukti.

Inilah hasil yang Malaysia dapat diatas lawatan Perdana Menteri Mahathir Mohammad di Eropah baru-baru ini. Suara Anwar masih didengari di negara Eropah meski pun beliau masih terpenjara. Ini menunjukkan bahawa Kempen Pembebasan Anwar di peringkat Antarabangsa (FAC ) mendapat perhatian dunia . Anwar bukan sahaja mempunyai para pemikir yang bergeliga malahan bersedia membela beliau.


Terjemahan sumber Oleh : Wartawan Rasmi Laman Reformasi
SUMBER: Malaysiakini, FAC, US Human Right Watch 2002.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net