Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
keADILan Cadang Haramkan Parti Perkauman
 


Oleh Zain Hashim


PETALING JAYA - Parti KeADILan Nasional mencadangkan agar kerajaan mengharamkan parti-parti yang berteraskan perkauman di negara ini.

Keputusan itu dicapai dalam satu konvesyen peringkat kebangsaan yang diadakan pada 2 Mac yang lalu di negeri Johor Darul Takzim.
Menurut Timbalan Presiden KeADILan Saudara Abdul Rahman Othman, konvesyen tersebut telah dihadiri oleh semua pimpinan pusat parti itu.

Bercakap pada sesi sidang akhbar di pejabat agung Parti, Abdul Rahman menjelaskan, bahawa isu perpaduan, keselamatan dan kestabilan negara harus ditangani secara serious dan bersungguh-sungguh.

Sehubungan dengan itu beliau menjelaskan, Konvesyen itu memutuskan ahli-ahli parlimen KeADILan disaran agar membawa usul tergempar di Dewan Rakyat bagi membahaskan cadangan tersebut.

"Sejak negara merdeka 45 tahun lalu, Umno khususnya, dan parti-parti komponennya yang lain seperti MCA dan MIC terus memainkan isu perkauman sebagai senjata politik untuk meraih sokongan rakyat.

"Melayu, Cina dan India terus dipisahkan oleh organisasi politik yang memainkan isu perkauman, dan dasar ini tidak ada bezanya dengan pendekatan penjajah yang mengamalkan dsar pecah dan perintah," ujar Abdul Rahman.

Beliau selanjutnya menjelaskan, apabila isu perkauman terus dimainkan, perpaduan sebenarnya tidak akan wujud dan soal keselamatan negara terus menjadi mainan politik kotor Umno.

Akhirnya akan membuka ruang kepada berlakunya huru-hara dan memberikan justifikasi kepada Umno untuk mengugut dan menakut-nakutkan rakyat dengan isu keselamatan negara, katanya.

"Tuntutan pengharaman parti yang berteraskan perkauman adalah kunci utama bagi mengorak langkah ke arah "penyelesaian mutlak" terhadap masalah tersebut," tambah Abdul Rahman.

Menurut beliau, tuntutan ini selaras dengan budaya politik baru yang termaktub dalam dasar perjuangan Parti KeADILan iaitu "memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum berdasarkan prinsip keadilan untuk semua didukung oleh nilai-nilai peri kemanusiaan yang saksama".

Melalui budaya politik baru ini katanya, KeADILan percaya pembentukan masyarakat Malaysia yang saling menghormati dan saling mempercayai akan dapat dicapai.

"Kita juga tidak mahu parti-parti yang berteraskan perkauman terutamanya Umno, MCA dan MIC cuba menjadikan isu ini sebagai isu politik murahan mereka."

KeADILan dengan tegas kata beliau, menyatakan bahawa tuntutan ini akan lebih memperjelaskan pembelaan kepada nasib rakyat tanpa mengira keturunan dan kaum, sesuai dengan dasar perjuangan KeADILan iaitu memperbaiki keadaan rakyat terbanyak, terutamanya golongan miskin dan tertindas.

Beliau menambah, "Agenda mempertahankan kedudukan istimewa masyarakat Bumiputera dan melindungi hak serta kepentingan kaum lain berasaskan prinsip keadilan akan terus dilaksanakan".

Dalam sidang media yang sama, Setiausaha Agung Parti KeADILan, Sahri Bahari menyatakan bahawa konvensyen Johor ini merupakan satu promosi untuk menentang kewujudan parti-parti perkauman.

Beliau juga meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pendaftar pertubuhan pertubuhan supaya memikirkan satu kaedah (timeframe) bagi menilai semula pendaftaran UMNO, MCA dan MIC supaya jauh dari unsur-unsur perkauman.


(HarakahDaily)

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net