Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
DS Dr. Wan Azizah: Jentera Parti Diarah Bersiap Sedia Hadapi Pilihanraya
 


KANGAR: Jentera parti di seluruh negara sudah mula membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan pilihanraya umum akan dipanggil pada bila-bila masa sahaja.

Presiden parti DS Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian ketika ditanya para wartawan bersempena rangka lawatan rasmi beliau ke negeri Perlis baru-baru ini.

Menurut beliau, keADILan tidak menolak kemungkinan satu pilihanraya mengejut akan diadakan memandangkan kerajaan Barisan Nasional seolah-olah terlampau yakin rakyat menyokong mereka akhir-akhir ini.

Oleh itu, Presiden parti menyeru ahli dan aktivis parti bersiap sedia dan mula menyusun pelan tindakan pilihanraya masing-masing secepat mungkin. Beliau juga meminta agar bahagian-bahagian keADILan di seluruh negara mula duduk berbincang dengan rakan BA mengenai pelan tindakan pilihanraya di kawasan masing-masing.

Mengulas perkara yang sama, Timbalan Ketua Pemuda YB Saudara Saifuddin Nasution Ismail menyatakan keADILan kini mempunyai bahagian di 143 kawasan Parlimen di seluruh negara. 10 bahagian baru di Sabah didaftarkan baru-baru ini.

Beliau juga memberitahu pemuda-keadilan.org bahawa kursus pilihanraya bagi melatih petugas keADILan menangani tipu helah Barisan Nasional kini sedang giat dijalankan di seluruh negara.


 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net