Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Setiausaha Agung keADILan Beri Amaran Kerajaan Jangan Gunakan Laba Telekom Untuk 'Bail Out' TRI
 



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung keADILan, Ir. Haji Saudara Sahri Bahri memberi amaran keras kepada kerajaan supaya tidak sekali-kali menyalahgunakan laba keuntungan Telekom untuk menyelamatkan Tan Sri Tajuddin Ramli melalui pembelian 24% miliknya dalam Technology Resources Industries Berhad (TRI).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, beliau menyuarakan bantahan keras keADILan terhadap keputusan kerajaan membenarkan Telekom menaikkan tarif talian dan panggilan telefon domestik.

Tindakan kerajaan itu mengundang kritikan pelbagai pihak, terutamanya memandangkan Telekom sebelum ini mencatatkan keuntungan besar. Kajian yang dijalankan Pemuda keADILan (klik di sini untuk melihat Kajian Pemuda Mengenai Tarif Telekom) menunjukkan bagaimana alasan Telekom tidak boleh diterimapakai.

Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Agung keADILan itu membidas sikap kerajaan yang mengabaikan kebajikan rakyat. Menurut beliau, "laba keuntungan jangan disalahgunakan untuk menyelamat segelintir tokoh korporat yang rapat dengan pemerintah, walhal rakyat terbanyak menanggung beban."

Beliau turut mendesak agar hasrat menaikkan tarif telefon itu dibatalkan. Sebaliknya, menurut beliau, ia patut diturunkan pada kadar yang lebih munasabah agar ia tidak membebankan rakyat, apatah lagi memandangkan laba keuntungan berlipat ganda Telekom.

Kenaikan tarif itu turut dibantah oleh persatuan-persatuan pengguna seluruh negara.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net