Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Mahathir Panik Isu Pencalonan Nobel Anwar
 


Sumber-sumber Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London memaklumkan Pemuda KeADILan bahawa Mahathir Mohamand panik mengenai pencalonan Anugerah Keamanan Nobel kepada mantan timbalan perdana menteri, Sdr Anwar Ibrahim.

Menurut sumber itu, Mahathir telah membuat panggilan telefon kepada bekas pemenang Anugerah Keamanan Nobel, Nelson Mandela dan F. W. de Klerk untuk mendapatkan sokongan mereka bagi memburuk-burukkan Anwar dan lantas membatalkan pencalonan itu.

Tidak diketahui sama ada Mandela mahupun de Klerk melayan panggilan telefon dan rayuan Mahathir itu.

Difahamkan Mahathir juga cuba menghubungi beberapa orang bekas pemenang Anugerah Keamanan dan Anugerah Ekonomi Nobel dalam lawatan beliau ke Britain semalam. Namun usaha Mahathir gagal.

Mahathir yakin pencalonan Anwar akan mengalih pandangan masyarakat dan membersihkan nama Anwar yang diburuk-burukkan Mahathir dan kuncu-kuncunya semenjak Anwar dipecat pada 2 September 1998. Sumber Suruhanjaya Tinggi Malaysia itu menyatakan pencalonan Anwar menghantui Mahathir dan tidak putus-putus Presiden UMNO itu menyatakan kepada semua pihak yang ditemuinya di Britain bahawa Anwar seorang yang tidak layak terima calon kerana "moralnya buruk".

Pemuda KeADILan telah melaksanakan beberapa aktiviti di luar negara untuk mengetengahkan isu Anwar Ibrahim dan pencalonanan Nobel itu.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]