Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Konvensyen keADILan Sabah: Wujudkan Timbalan Perdana Menteri Kedua Bagi Hal Ehwal Sabah-Sarawak
 


Kota Kinabalu: keADILan Sabah semalam meluluskan resolusi mencadangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua diwujudkan bagi menjaga kepentingan hal ehwal Sabah-Sarawak, memandangkan keluasan negeri-negeri tersebut.

Resolusi itu dibuat semasa penutupan Konvensyen keADILan Sabah yang turut dihadiri Presiden DS Dr. Wan Azizah semalam. Rombongan MPT keADILan diketuai presiden berada di Sabah hujung minggu lalu bagi memperkuatkan gerakkerja keADILan di Sabah bagi bersiap sedia menjadi parti pembangkang utama di negeri itu.

Menurut sumber keADILan Sabah, resolusi itu dibuat berdasarkan perjanjian sebenar yang dibuat di antara Sabah-Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu semasa Malaysia dibentuk dalam tahun 1960an. Perjanjian-perjanjian yang dibuat memperuntukkan kedudukan Sabah-Sarawak sebagai ‘rakan kongsi’ di dalam persekutuan yang baru itu, bukannya sebuah ‘tanah jajahan’ kerajaan persekutuan Kuala Lumpur.

Perkara ini menjadi kontroversi sekian lama apabila kerajaan BN di bawah Dr. Mahathir dianggap langsung tidak menghormati perjanjian-perjanjian yang dibuat, dan cuba mentadbir Sabah dari Kuala Lumpur.

Mengulas perkara ini, presiden DS Dr. Wan Azizah Ismail berjanji bahawa cadangan-cadangan yang dikemukakan sepanjang konvensyen itu akan dibawa dan dibincangkan oleh MPT keADILan. Malah, ia juga akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Presiden BA untuk dipertimbangkan sebagai salah satu Manifesto Pilihanraya akan datang BA.

Mengulas mengenai kemajuan keADILan di Sabah, beliau berkata setakat ini keahlian keADILan semakin meningkat dan Badan Perhubungan Sabah sedang bersiap sedia untuk menjadi pembangkang utama di negeri itu.

Setakat ini, keADILan mempunyai 10 bahagian berdaftar di Sabah. Bendahari Pusat keADILan adalah Christina Liew, seorang peguam dan aktivis masyarakat yang tidak asing lagi di Sabah.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]