Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
keADILan: Mainan Politik BN Menggambarkan Malaysia Sarang Pengganas
 



KUALA LUMPUR: keADILan menyeru supaya Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi segera menamakan seorang bekas pemimpin negara yang kononnya mempunyai pertalian dengan rangkaian pengganas antarabangsa.


Beliau (Abdullah Badawi) berkata demikian ketika menerima kunjungan seorang pemimpin organisasi Sufi di Amerika Syarikat bernama Syeikh Hisham Kabbani. Syeikh Hisham membuat dakwaan bahawa beliau pernah menerima aduan bahawa seorang bekas pemimpin negara ini membuat dermaan kepada organisasi yang kini disiasat oleh FBI.


Berikutan dakwaan Syeikh Hisham itu, Timbalan Perdana Menteri cepat-cepat membuat dakwaan bahawa dermaan 'bekas pemimpin' inilah yang menyebabkan Malaysia dicap sebagai sarang pengganas.


Presiden keADILan Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail mendesak supaya siasatan dijalankan dan 'bekas pemimpin' itu dinamakan secepat mungkin jika kerajaan ada bukti.


Dalam satu kenyataan beliau, jika tidak isu ini akan digunakan oleh Barisan Nasional untuk memburukkan pihak tertentu tanpa perlu mengemukakan bukti.


Lebih teruk lagi, tegas beliau, jika isu ini terus digunakan sebagai bahan fitnah Barisan Nasional, ia memberi gambaran bahawa tuduhan itu adalah benar dan Malaysia memang mempunyai hubungan dengan rangkaian pengganas antarabangsa.


Pemimpin-pemimpin keADILan yang ditemui semalam turut mengingatkan pemimpin BN supaya jangan menggadaikan maruah dan nama baik negara semata-mata untuk mendapatkan 'political mileage'.


"Kenyataan Abdullah Badawi itu memalukan dan tidak bijak, apatah lagi beliau seorang bekas Menteri Luar. Kita patut persoalkan kemampuan beliau untuk memimpin negara, sedangkan sensitiviti kepada isu hubungan luar Malaysia seperti ini sewenang-wenangnya dia buat jadi isu politik," komen seorang EXCO Pemuda yang ditemuramah.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]