Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pemimpin keADILan "Turun Padang" Ke Sabah
 


KOTA KINABALU: Lebih sepuluh orang pemimpin MPT akan mengiringi Presiden DS Dr. Wan Azizah Ismail bagi menghadiri Konvensyen keADILan Sabah yang bermula semalam.

Ketibaan mereka disambut oleh pemimpin Perhubungan Sabah di sini.

Konvensyen keADILan Sabah itu adalah sebahagian daripada pelan tindakan 'pemimpin keADILan turun padang' yang akan diadakan di seluruh negara bermula bulan ini.

Ia untuk memberi peluang kepada rakyat menemui sendiri pemimpin keADILan dan berkongsi pendapat, di samping membicarakan isu-isu yang semakin menekan kebebasan demokrasi di negara ini.

Menurut seorang ahli MPT yang ditelefon, setakat ini program berjalan lancar dan sambutan rakyat Sabah kepada pimpinan keADILan adalah membanggakan.

"keADILan perlu kemaskinikan jentera di Sabah secepat mungkin, kerana rakyat menaruh harapan kita memainkan peranan sebagai pembangkang utama," kata beliau apabila ditanya mengenai kesan kemasukan semula PBS ke dalam BN.

Buat masa ini, panji pembangkang di Sabah akan diteruskan oleh BA melalui keADILan dan PAS serta DAP, apabila parti-parti kenegerian seperti PBS kembali ke dalam UMNO.

"Mungkin ia akan memakan masa yang lama untuk mendidik rakyat Sabah aspirasi politik baru yang kita bawa, tetapi kita perlu cekal," kata beliau lagi.

Mengenai penguasaan UMNO di Sabah, menurut beliau, UMNO hanya membeli ahli-ahli politik dari parti kenegerian lain seperti USNO dan Berjaya.

"Kita jangan termakan dengan tipu daya UMNO bahawa rakyat Sabah menerima mereka. Yang sebenarnya, bekas pemimpin di dalam USNO dan bermacam-macam parti yang lain dibeli dan disogok agar menerima UMNO," kata beliau lagi.

Program itu dijangka akan menemukan pemimpin keADILan dengan rakyat Sabah dari segenap lapisan masyarakat.


 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]