Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Wan Azizah Juga Mahu Nama Bekas Anggota Kabinet Didedahkan
 


KOTA KINABALU- Presiden Parti Keadilan Nasional Datin Seri Wan Azizah Ismail juga mahu kerajaan mendedahkan siapakah sebenarnya bekas anggota kabinet yang didakwa menyumbangkan dana berjumlah AS juta (RM38 juta) kepada pertubuhan Islam di Amerika Syarikat.
Menurutnya identiti bekas anggota kabinet berkenan perlu didedahkan setelah kedudukannya dipastikan melalui satu penyiasatan rapi bagi menghalang kerajaan daripada mengulangi "tuduhan liar" dan menjadikannya saluran untuk menyebarkan fitnah.

"Jika ini tidak dilakukan, saya syak kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mengeksploitasi apa yang terkandung di sebalik dakwaan itu untuk meraih keuntungan politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Selasa, pengerusi Majlis Tertinggi Islam Amerika Shaykh Muhammad Hisham Kabbani mendedahkan bahawa seorang bekas anggota kabinet Malaysia telah memberi bantuan kewangan kepada pertubuhan di Amerika Syarikat yang mungkin mempunyai hubungan dengan kumpulan pelampau tertentu di tempat lain.

Wan Azizah berkata beliau percaya Shaykh Muhammad Hisham boleh membantu kerajaan dalam penyiasatannya.

Semalam dua pemimpin pembangkang ,Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dan Timbalan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Saifuddin Nasution mencabar kerajaan supaya mendedahkan nama bekas menteri berkenaan.

Karpal berkata kerajaan harus berani mendedahkan nama menteri berkenaan yang harus diberi hak untuk membela diri.

Katanya beliau terkejut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menyebut nama bekas menteri berkenaan.

Kata Karpal adalah salah bagi orang ramai membuat spekulasi identity menteri berkenaan kerana dakwaan berkenaan amat serius .

Pada hari Rabu , Abdullah berkata kerajaan percaya Amerika dan media negara itu membuat kesimpulan Malaysia terlibat dengan pengganas kerana aktiviti sesetengah pertubuhan yang dikaitkan dengan bekas menteri kabinet itu.

Saifuddin berkata pemimpin berkenaan harus didakwa di mahkamah jika dakwaan itu benar.“Kami mencabar Abdullah menamakan orang itu dan perubuhan yang menerima sumbangan AS 10 juta itu,”katanya.

Beliau mempersoalkan apakah satu siasatan menyeluruh dibuat keatas dakwaan berkenaan .

Saifuddin juga meragui motif Sheikh Muhammad membuat pendedahan itu bila beliau dating ke Malaysia dan tidak semasa berada di Amerika.

Beliau mendakwa sebabnya mudah kerana kalau di Amerika Sheikh Muhammad perlu menunjukkan bukti atas dakwaannya tetapi tidak di Malaysia.


 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]