Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
DSAI: Jangan Percaya Berita Saya Bersama Mahathir Di Dalam Kereta
 

Oleh: WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Sungai Bakap- Semasa berceramah di Dewan Cina Sungai Bakap semalam, YB Saifuddin Nasution telah menceritakan sedikit sebanyak apa yang telah berlaku di dalam kes rayuan perbicaraan DSAI yang berlangsung baru-baru ini. Menurut beliau lagi, kes ini akan disambung semula pada 25 Mac nanti apabila Hakim Tan Sri Dzaiddin yang akan bercuti ke London untuk membeli belah di sana sempena perkahwinan anaknya.
Apa yang membimbangkan ialah jika “Mahathir akan ke London untuk tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, kita hanya akan berdoa semoga perkara ini tidak akan berlaku” demikian jelas YB Saifuddin. Mahathir dijangka akan ke Perancis dan Jerman setelah selesai bercuti di ladang kuda beliau di Argentina, dan bagi menjelaskan kepada orang kenamaan kenapa beliau tidak membenarkan DSAI menerima rawatan di Klinik Alpa Jerman.Dua negara Eropah tersebut adalah antara yang keras mengkritik Mahathir atas kes rawatan terhadap DSAI.

YB Saifuddin menjelaskan betapa DSAI telah menyatakan kepada YB Mahfuz setelah ditanya, adakah benar beliau (DSAI) bersama Mahathir membincangkan akan pembebasan beliau (DSAI). Anwar menjawab bahawa itu adalah dakyah regim yang takut akan perubahan. “Jangan percaya sama sekali propaganda murahan tersebut. Tidak ada kompromi dalam soal rasuah”, tegas DSAI kepada Mahfuz

Sementara itu, sebagai menyambut ketibaan Mahathir di Jerman pihak pemuda Keadilan akan melancarkan satu kempen FAC dalam bahasa Jerman sebelum ketibaan beliau. Ini adalah untuk “memudahkan orang kenamaan dan rakyat Jerman memahami akan situasi sebenar politik negara pimpinan Mahathir”.

FAC sehingga kini diberitakan telah mengadakan hubungan langsung di negara Teluk, Australia, Jepun, Britain, Amerika Syarikat, India dan Afrika. FAC dijangka akan berkembang ke beberapa negara Eropah lain sebagai satu kempen dan simpati untuk pembebasan Anwar. Ini dilakukan untuk mendapatkan pembelaan yang adil terhadap Anwar dan juga kezaliman dan penindasan di bawah regim Mahathir yang berkuasa selama 21 tahun.


 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]