Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Rayuan Anwar Jadi Berita Utama Di Negara Arab
 

Oleh Salman Al Munziri

- Berita mengenai rayuan Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap hukuman penjara ke atasnya menarik minat media utama negara-negara Arab.

Stesen television setelit Al Jazeerah yang dipancarkan daripada Qatar memetik Anwar sebagai berkata bahawa beliau yakin keputusan rayuan akan memihak kepadanya.

Menurut Al Jazeerah lagi, peguam Anwar, Sulaiman Abdullah menjelaskan bahawa anak guamannya itu tidak mendapat penghakiman yang adil ketika dibicarakan atas tuduhan rasuah dua tahun lalu.

Sulaiman juga menurut Al Jazeerah turut menuduh Hakim Mahkamah Tinggi, Augustine Paul mengabaikan banyak keterangan dan bukti yang dikemukakan oleh pasukannya ketika membela Anwar.

"Sesungguhnya mahkamah ini (Rayuan) adalah mahkamah yang terakhir untuk membicarakan sesuatu kes di negara ini. Maka ini adalah peluang terakhir (buat Anwar) untuk mendapatkan keadilan.." demikian Sulaiman dipetik sebagai berkata kepada Mahkamah Rayuan.

Al Jazeerah melaporkan bahawa perbicaraan yang berlangsung hari ini (khamis) turut dihadiri oleh penyokong-penyokong serta diplomat-diplomat luar.

Sebahagian diplomat luar yang ditemuramah berpendapat bahawa Anwar tidak mendapat keadilan yang sewajarnya pada perbicaraan sebelum ini.

Apa yang menarik, siaran TV yang mendapat liputan seluruh dunia itu tidak menyebut bahwa Anwar disingkir daripada jawatannya kerana liwat. Sebaliknya dilaporkan di akhir berita berkenaan bahawa:

"Ketika Asia Tenggara dilanda kegawatan ekonomi pada 1998, Mahathir telah menyingkir Anwar daripada jawatannya kerana pertelagahan mereka mengenai kaedah memulihkan ekonomi negara."

Tindakan Al Jazeerah tidak mengaitkan penyingkiran Anwar dengan persoalan liwat, rasuah dan sebagainya dilihat sebagai satu pandangan umum negara-negara Arab yang memihak kepada Anwar Ibrahim dalam isu ini.

(HarakahDaily)

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]