Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Musa Hitam - Jika Lawan Mahathir, Saya Juga Akan Difitnah Meliwat
 


- Pengerusi Suhakam, Tan Sri Musa Hitam berkata beliau juga mungkin akan dituduh melakukan seks sumbang seperti meliwat sekiranya memilih menentang Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir ketika dalam kabinet dahulu.


Musa yang juga Bekas Timbalan Perdana Menteri pertama era Mahathir berkata demikian dalam temu ramah untuk tesis Phd seorang pelajar The Australian National University, Australia.

Tesis tersebut bertajuk ‘Changing Conflict Configuration and Regime Maintainance in Malaysian Politic: From Consosiational Bargaining to Mahathir’s Dominance’ dihasilkan oleh In Won Hwang, yang berasal dari Korea.

"Jika saya enggan berhenti dan memilih menentang Mahathir, beliau mungkin akan mengadakan sepuluh orang lelaki dan menyatakan saya mempunyai hubungan seks dengan mereka," kata Musa.

Musa menambah bahawa tuduhan-tuduhan yang dikenakan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi.

"Tidak syak lagi, Mahathir dan kemnya mengadakan konspirasi untuk menjatuhkan Anwar," ujar beliau dalam temu ramah yang diadakan pada bulan Ogos 1999 itu.

Musa yang juga merupakan bekas timbalan Mahathir, meletak jawatan pada tahun 1986 dipercayai atas tekanan politik. Ini adalah kenyataan pertama dari Musa itu mengenai kes Anwar.

Kes Anwar menjadi perdebatan umum apabila beliau dipecat dan kemudian dipenjarakan sejak tiga tahun lalu. Anwar sentiasa menegaskan secara konsisten bahawa beliau adalah mangsa konspirasi politik peringkat tertinggi. -ER

(HarakahDaily)


 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]