Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
DSAI Tidak Punya Kuasa Untuk Arah Seleweng Siasatan
 


KUALA Lumpur: Peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim semalam berhujah kepada Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pihak polis menutup penyiasatan mengenai fitnah salahlaku seks terhadapnya.

Raja Aziz Addruse, ketua peguambela Dato' Seri Anwar, menunjukkan kembali rekod bahawa bekas Ketua Jabatan Cawangan Khas Polis (SB), Datuk Mohamad Said Awang mengaku bahawa beliau hanya menerima arahan dari Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri.

Ketua Polis Negara pada masa itu ialah Tan Sri Rahim Noor, yang didapati bersalah membelasah Dato' Seri Anwar ketika mata beliau ditutup dan tangan bergari. Menteri Dalam Negeri pada masa itu tidak lain dari Perdana Menteri sendiri.

Oleh yang demikian, tegas Raja Aziz lagi, Dato' Seri Anwar tidak boleh dibuktikan menyalahgunakan kedudukan beliau untuk menutup siasatan fitnah seks oleh Umi Hafilda dan Azizan.

Raja Aziz turut memberitahu mahkamah bahawa Timbalan Ketua Jabatan Cawangan Khas, Amir Junus mengelak daripada menjawab apabila ditanya sama ada DSAI pernah mengarahkan beliau menutup siasatan.

"Bukti kedua-dua mereka ini tidak boleh diterimapakai," hujah beliau.

"Bukti yang dikemukakan oleh Mohamad Said dan Amir adalah titik permulaan kes pendakwaraya. Segala hujah kami akan menguji bukti yang mereka bentangkan di mahkamah," jelas Raja Aziz lagi.

Ketika waktu rehat, Dato' Seri Anwar yang menderita tulang belakang yang retak kerana dipukul bekas Ketua Polis negara, sempat berbual-bual dengan pemimpin pembangkang dan ahli keluarga yang hadir.

Mahkamah turut dipenuhi dengan diplomat asing.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]