Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 PEMUDA      keADILan    SELANGOR

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

KeADILan akan letak calon Cina bagi pilihanraya kecil Indera Kayangan
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)



Parti Keadilan telah menyiapkan senarai pendek bakal-bakal calon, yang terdiri daripada 4 Cina dan 1 Melayu, bagi pilihanraya kecil kerusi dewan undangan negeri Indera Kayangan di Perlis.
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, Ng Lum Yong berkata, dua bakal calon ialah Ko Chu Liang yang pernah bertanding di kawasan yang sama dalam pilihanraya umum 1999 , dan timbalan ketua Keadilan Pulau Pinang Cheah Kah Peng.

Dua lagi calon Cina, menurut laporan malaysiakini, ialah anggota-anggota parti Pulau Pinang iaitu Ong Eu Leong dan Law Choo Kiang.

Calon Melayu yang turut dipertimbangkan ialah bekas setiausaha agung parti, Mohd Anuar Tahir yang berasal dari Perlis tetapi tidak lagi mendapat tempat dalam parti itu kerana beliau dianggap "penyokong ABIM".

Kesemua calon itu akan ditemuduga oleh biro politik Keadilan yang dianggotai 12 orang pemimpin minggu depan yang akan membuat perakuan kepada MPT.

Kerusi DUN kawasan Indera Kayangan itu menjadi kosong berikutan kematian ADUN BN-MCA, mendiang Datuk Khor Liang Tee, 59, awal Khamis lalu, dan pilihanraya kecil dijangka diadakan dalam tempoh 60 hari.

Parti Keadilan pada mulanya bercadang meletakkan calon Melayu tetapi ramai yang menentang kerana pengundi-pengundi Cina di kawasan itu terkenal sebagai penyokong 'establishment'.

Ketua Keadilan Pulau Pinang, Dr Mansor Othman memberitahu malaysiakini bahawa calon partinya belum disahkan tetapi "kemungkinan besar calon Cina akan dipilih".


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]