Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 PEMUDA      keADILan    SELANGOR

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Dr Chandra keluar dari keADILan: Isu yang tak perlu diperbesarkan.
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)


Bekas timbalan presiden parti Keadilan, Dr Chandra Muzaffar hari ini disahkan sudah menamatkan keahliannya dalam parti yang pernah diasaskan beliau itu.
Chandra dilaporkan telah mengemukakan surat pemberhentiannya sebagai ahli Keadilan pada awal bulan ini, kira-kira sebulan setelah beliau tidak bertanding untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden.

Beliau menyatakan hasratnya untuk menumpukan perhatian kepada "kegiatan-kegiatan NGOs".

Setiausaha Agung Keadilan Sahri Bahri mengesahkan keputusan Chandra itu hari ini, sambil menyatakan pihak parti sedih dengan perkembangan itu.

"Kami menghormati keputusannya kepada biro politik akan bermesyuarat pada pertengahan Januari tahun depan untuk membincangkan permintaannya," tambah Sahri.

Menurut Sahri lagi, Chandra dalam suratnya menyebut beliau mahu menumpukan perhatian dan masa kepada kerja-kerja NGO terutamanya International Movement for Just World (JUST) dan dialog antara tamadun.

Setiausaha Agung Keadilan itu menafikan khabar kononya Chandra tidak berpuas hati dengan stail pemimpin-pemimpin menguruskan parti.

"Chandra cuma mahu keluar dari Keadilan untuk menjadi pemerhati politik yang bebas," jelas Sahri lagi.

Dr Chandra sekarang berada di Jerman.

Parti Keadilan menganggap keputusan bekas timbalan presidennya Dr Chandra Muzaffar keluar dari parti adalah "isu kecil" dan tidak dibincangkan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi.
Anggota MPT, Khalid Jaafar bagaimanapun berkata, beliau mengucapkan penghargaan kepada Dr Chandra kerana "beliau membantu membina kekuatan Keadilan untuk muncul sebagai parti pembangkang yang mantap.

" Dr Chandra adalah seorang reformis yang tulen dan banyak menyumbangkan tenaga kepada parti. Tetapi keputusannya untuk keluar dari parti tidak dibincangkan dalam mesyuarat MPT baru-baru ini itu.

" Ini adalah kerana perkara itu tidak terdapat di dalam agenda mesyuarat. Di samping itu, kami mempunyai banyak isu yang perlu disegerakan dan parti berpendapat keputusan Dr Chandra itu isu kecil," tambah Khalid yang juga bekas setiausaha akhbar Datuk Sri Anwar Ibrahim sehingga 1998. Ditanya mengenai kenapa surat Dr Chandra untuk keluar dari parti dibocorkan kepada media, Khalid menjelaskan itu mungkin " suatu kesalahan teknikal" dan parti akan menyiasatnya.

Dr Chandra telah mengadu sekembalinya dari Jerman tentang suratnya kepada Presiden parti Datin Sri Dr Wan Azizah dan setiausaha agung parti,Sahri Bahri dibocorkan kepada pihak media.

Menurut beliau, suratnya dihantar dengan faks pada 5 Disember lalu kepada Wan Azizah dan salinan kepada Sahri.

Dr Chandra bagaimanapun berkata soal beliau keluar dari parti Keadilan adalah muktamad kerana haknya tidak boleh dihalang sesiapa.

" Saya sekarang bukan lagi ahli Keadilan," tegasnya semalam.


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]