Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 PEMUDA      keADILan    SELANGOR

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

S'usaha Agung keADILan: Ibu Pejabat Perlu Perkenalkan Piagam Kerja Dengan Cawangan & Bahagian
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)




- Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang baru Sahri Bahari berkata, ibu pejabat parti itu perlu memperkenalkan satu piagam kerja dengan cawangan dan bahagian terutamanya dalam soal memproses keahlian seseorang bagi mengelakkan masalah sebelum ini daripada berulang.
Pada masa yang sama katanya, Keadilan perlu memastikan jika ada kes-kes pemohon tidak mendapat maklum balas lebih daripada dua bulan berhubung status keahlian mereka selepas menyerah borang, pemohon itu boleh mengadu terus kepada ibu pejabat.

"Saya berharap seluruh ahli Keadilan akan memberi sokongan kepada saya secara berterusan untuk menjayakan amanat berat ini. Saya tidak akan berjaya melakukannya berseorangan.

"Saya juga akan sentiasa membuka diri kepada semua ahli untuk memberi pandangan, saranan serta cadangan malah teguran juga boleh disalurkan terus kepada saya," katanya dalam satu wawacara dengan organ rasmi Keadilan Berita Keadilan edisi terbaru yang dijadualkan terbit pada 9 Disember ini.

Isu mengenai aduan kehilangan borang keahlian dan penangguhan pendaftaran beberapa bahagian parti itu merupakan sebahagian daripada masalah yang dikaitkan dengan ibu pejabat Keadilan sejak sekian lama sehinggalah menjelang persidangan agung tahunannya di Kemaman awal bulan lalu.

Menyentuh mengenai punca sebenar masalah ini, Sahri, 42, menyatakan yang menjadi rungutan banyak bahagian yakni soal keahlian berpunca daripada permohonan yang dihantar ke ibu pejabat tercicir.

"Saya sedang dalam proses mengenalpasti masalah ini dan tindakan yang perlu diambil untuk mengatasinya. Terdapat juga kesilapan prosedur yang dibuat oleh cawangan dan bahagian.

"Misalnya ada cawangan yang menghantar permohonan terus ke ibu pejabat atau ada juga kes pendaftaran ahli yang dibuat terus ke ibu pejabat sedangkan pentadbiran di bahagian tidak tahu menahu. Jadi apabila disemak di peringkat bahagian, nama mereka tidak tersenarai," ujarnya lagi.

Dalam temuramah itu, Sahri juga menegaskan bahawa tumpuan utamanya sekarang ialah untuk menggerakkan kempen menambah ahli serta menyegerakan pendaftaran bahagian-bahagian.

Tambah beliau, hingga kini, Keadilan mempunyai 120 bahagian yang berdaftar dan ini bermakna parti itu perlu menyegerakan penubuhan dan pendaftaran 73 bahagian lagi iaitu berdasarkan persempadanan kawasan parlimen.

"Sasaran saya ialah untuk merealisasikan pendaftaran bahagian-bahagian ini agar lengkap 193 buah bahagian," katanya.

(AgendaDaily)

 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]