Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 PEMUDA      keADILan    SELANGOR

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Rayuan Azmin Ditunda Lagi
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)




KUALA Lumpur: Kes rayuan Naib presiden keADILan YB Azmin Ali ditunda lagi apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Augustine Paul mengambil keputusan untuk tidak mengadili perbicaraan itu kerana penglibatannya di dalam penghakiman kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

YB Azmin dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan kerana kononnya 'menghalang pelaksanaan undang-undang' (perjury) di dalam kes yang berkaitan dengan perbicaraan Datuk Seri Anwar. Hujah-hujah yang dibuat oleh peguam pembela sebelum itu langsung tidak diambil kira, termasuklah pendedahan YB Azmin bahawa kenyataan beliau diputar belit dan beliau telah diugut oleh pihak polis untuk membuat kenyataan palsu.

Semua yang terbabit dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat pengakuan bersumpah dan affidavit bagaimana polis telah mengenakan pelbagai bentuk deraan fizikal dan mental untuk menekan mereka membuat pengakuan mengaitkan Datuk Seri Anwar dengan salahlaku seks.

Dalam affidavit Dr. Munawar Anees, beliau mendedahkan bagaimana polis memaksa beliau melakonkan adegan seks sejenis di atas lantai sambil dikelilingi oleh anggota-anggota polis. Anggota polis yang menyoalsiasat tahanan ISA baru-baru ini juga didedahkan menunjukkan 'minat yang tinggi mengenai seks' apabila mereka melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Datin Seri Dr. Wan Azizah, Nurul Izzah serta memaksa tahanan menceritakan perihal hubungan seks mereka. Akibatnya, ahli-ahli Parlimen BA mempersoalkan di dalam Parlimen tingkah laku polis Cawangan Khas (SB) yang seolah-olah 'taksub' dengan seks.

Tarikh perbicaraan baru masih belum ditetapkan.

Walau bagaimanapun, ramai yang percaya kes ini bakal dijadikan senjata untuk memenjarakan YB Azmin di satu tarikh kelak, seterusnya menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk bertanding di dalam pilihanraya umum akan datang.

Taktik ini turut digunakan oleh kerajaan Singapura yang menekan pembangkang melalui saman puluhan juta ringgit yang menyebabkan mereka jatuh muflis, seterusnya hilang kelayakan untuk bertanding.



 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]