Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 PEMUDA      keADILan    SELANGOR

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Dr Badrul Amin Ditahan, dan Dibebas Dengan Ikat Jamin Polis
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)

 


- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Dr Badrul Amin Bahron yang ditahan pagi Jumaat 7 Disember telah dibebaskan dengan ikat jamin Polis pada jam 9.05 malam dan diarahkan hadir di mahkamah majistret Selayang pada 30 Januari 2002.

Berita awal menyangka beliau ditahan semula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah hampir sebulan selepas beliau dibebaskan dengan bersyarat apabila pihak polis telah memaklumkan kepada Dr Badrul Amin sendiri dan juga keluarganya bahawa dia telah melanggari Seksyen 8(5) Akta Keselamatan Dalam Negeri dengan tidak mematuhi syarat-syarat yang dikenakan ke atasnya ketika dibebaskan pada 3 Nov lalu.

Pada 30 Januari tahun depan beliau akan didakwa melanggar seksyen berkenaan dalam ISA di makamah majistret Selayang.

Dr Badrul telah mengambil bahagian dalam beberapa program politik di sekitar Gombak termasuk menyertai satu program yang dianjurkan oleh pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu Klang Azmin Ali di Desa Melawati minggu lalu serta bertanding kerusi MPT pada perhimpunan agung parti itu di Kemaman 9 November lalu.

Salah satu pembebasan bersyarat yang dikenakan ke atas Dr Badrul Amin ialah beliau tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam kegiatan politik termasuk ceramah serta meninggalkan daerah Gombak.

Setiausaha Agung Keadilan, Sahri Bahari ketika dihubungi oleh para wartawan mengesahkan Dr Badrul Amin ditahan oleh Polis.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu telah bertanding kerusi MPT pada perhimpunan agung Keadilan yang berlangsung di Kemaman awal bulan lalu. Pada pertandingan itu beliau menduduki kerusi yang kedua tertinggi.

Tetapi oleh kerana beliau tidak dibenarkan meninggalkan daerah Gombak, Dr Badrul tidak menghadiri persidangan tersebut.

Sebelum ini pun beberapa sahabat beliau yang berkunjung ke rumahnya telah menceritakan bahawa Dr Badrul mula merasa rimas dengan sekatan-sekatan yang dikenakan ke atasnya dan memberitahu mereka bahawa jika pihak polis mahu menahannya semula di bawah ISA, beliau tidak kisah lagi.

Dalam pada itu, peguam Dr Badrul, Saiful Izham berkata, para pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak telah menahan anak guamnya pada jam 10.30 pagi ini di rumah.

Sementara itu, isterinya Zumrah Husni berkata, suaminya itu sedang berehat di rumah selepas kembali dari pasar ketika para pegawai polis tiba di hadapan rumah mereka.

Anak-anak ada di rumah ketika mereka membawanya pergi, kata Zumrah.

Dr Badrul Amin pertama kali ditahan di bawah ISA April lalu bersama-sama 10 pemimpin Keadilan dan reformasi termasuk Ezam M. Nor dan Hishamuddin Rais.

Beliau bagaimanapun dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping pada 3 November iaitu enam hari sebelum berlangsungnya persidangan agung parti tersebut di Kemaman.

Walaupun salah satu syarat pembebasannya itu ialah larangan daripada bertanding atau memegang sebarang jawatan dalam politik, Dr Badrul sebaliknya menerima pencalonan daripada bahagian-bahagian untuk bertanding kerusi MPT.


 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]