Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 P E-M-U-D-A      k-e-A-D-I-L-a-n    S-E-L-A-N-G-O-R

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Pas Beri Laluan Kepada keADILan Jika Berlaku P'raya Kecil Di Indera Kayangan
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)

 

- Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor hari ini berkata, partinya kemungkinan besar akan memberi laluan kepada Parti Keadilan Nasional (Keadilan) sekiranya berlaku pilihanraya kecil di kawasan Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan di Perlis.
Kenyataan beliau itu sekaligus mematikan cakap-cakap yang kononnya Pas dan Keadilan sekali lagi sedang 'bersaing' untuk mendapatkan kerusi tersebut.

Bercakap kepada laman web Malaysiakini hari ini, Fadzil berkata Keadilan lebih wajar bertanding di Indera Kayangan berdasarkan pilihanraya umum lalu.

“Sebagaimana yang telah saya katanya sebelum ini, Keadilan yang akan bertanding di Indera Kayangan sekiranya berlaku kekosongan,” kata Fadzil.

Adun Indera Kayangan dari MCA Khor Liang Tee kini berada di dalam keadaan tenat kerana penyakit kanser. Beliau sedang dirawat di sebuah pusat pakar di Jalan Ampang.

Baru-baru ini Pesuruhjaya Pas Perlis Hashim Jassin dipetik oleh akhbar The Star bahawa parti itu sudah bersedia untuk mengemukakan nama calon mereka sekiranya kerusi tersebut menjadi kosong.

Bagaimanapun Ketua Penerangan Pas, Azizan Abdul Razak memberitahu akhbar yang sama soal calon hanya akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Keadilan pula pada umumnya telah pun menyatakan hasrat mereka untuk meletakkan calon.

Presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail telah berkata bahawa mereka sememangnya membuat persiapan untuk menghadapi kemungkinan tersebut dengan melantik Naib Presiden Mohamed Azmin Ali sebagai pengarah pilihanraya kecil untuk Indera Kayangan sekiranya berlaku.

Adalah kurang pasti siapakah calon Keadilan tetapi Indera Kayangan adalah kawasan yang mempunyai komposisi penduduk yang bercampur antara masyarakat Melayu dan Cina.

Pada pilihanraya umum 1999 Khor memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan calon Keadilan Ko Choo Liang. Khor memperolehi 3,825 undi berbanding Ko Choo Liang sebanyak 1,851 undi.

Dun Indera Kayangan mempunyai 47.9 peratus pengundi Cina dan Melayu sementara 5.3 peratus lagi adalah pengundi India.

(Agenda Daily)


 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]