Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Berhati-hati HARAKAH Palsu
 




Oleh: Nur Abd Rahman


KUALA LUMPUR, - Sebuah akhbar palsu bernama "MARAHKAH" yang menyerupai HARAKAH dari segi rupa dijumpai diedarkan kepada orang ramai di masjid-masjid semasa solat Jumaat hari ini.

Seorang pembaca Harakah telah menyerahkan akhbar berkenaan ke pejabat Harakah selepas beliau menjumpainya di Masjid Wilayah Persekutuan dan Batu Caves.
Walaupun sama dari segi rupa, akhbar itu mengandungi artikel-artikel yang menghina PAS dan pemimpin-pemimpin PAS. Adalah dipercayai ianya diterbitkan untuk memburukkan PAS dan mengelirukan orang ramai.

Antara kolumnis yang terkandung di dalam akhbar palsu tersebut adalah Kunta Kinte Malaysia, Anak Mummy, Tanjung Puteri, Ab Jalil Aboo Backer, Wan Zahidi Wan Teh, Nihaz Mohd Yusof, dan `ulama' Umno terkenal, Astora Jabat.

Antara kolumnis berkenaan turut menulis di dalam laman web beralamat www.kmu.net.my.

Hasil siasatan Harakah mendapati laman web berkenaan dikendalikan oleh Kelab Maya Umno.

(HarakahDaily)

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net