Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
DAP Nafi 200 Ahlinya Di Pahang Masuk Parti Gerakan
 
 

TEMERLOH- DAP Pahang hari ini menafikan kononnya 200 ahlinya di Perting telah meninggalkan parti itu untuk menyertai Gerakan, tegas pengerusinya, Lee Tuck Chee.
"DAP tidak ada ahli seramai itu di Perting.Jadi macam mana boleh ada 200orang masuk Gerakan," tanya beliau ketika dihubungi Harakahdaily.com di pejabatnya di sini.

Menurutnya, kemasukan ahli DAP ke dalam parti Gerakan sebagaimana dilaporkan media hanya propaganda murahan BN/Gerakan untuk mempengaruhi pengundi di samping melemahkan semangat ahli DAP.

Jelasnya, berdasarkan maklumat yang diterima, tidak lebih daripada 5 orang sahaja ahli DAP yang tidak aktif menyertai Gerakan.

"Mereka itu sudah lama meninggalkan DAP dan tidak membayar yuran keahlian sejak lama dulu," katanya.

Dalam pilihan raya lalu, DAP menang kesemua enam saluran mengundi Perting dengan majoriti 1804: DAP mendapat 2642 undi manakala calon Gerakan mendapat 838 undi sahaja.

Beliau juga mempertikaikan janji Menteri Besar untuk meluluskan permohonan tanah penduduk Bukit Tinggi dalam kawasan Ketari.

Katanya, perkara tersebut akan berbangkit setiap kali pilihan raya tetapi penduduk kawasan terbabit yang sudah 30 tahun memohon tanah tetap belum diluluskan juga.

(AgendaDaily)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net