Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Imej Polis Tercemar: Pemuda PAS Cadang Tubuh Suruhanjaya Bebas
 


KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menggesa pihak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Khas bagi menyiasat punca sebenar kejadian pembolosan penjenayah dari tahanan polis yang semakin berleluasa.

Ketuanya, Haji Mahfuz Omar berkata, imej pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) tercemar atas isu yang berlaku sebagaimana yang didedahkan oleh media sejak kebelakangan ini.
Ujar beliau, bukan sahaja isu kecuaian anggota polis menyebabkan penjenayah boleh terlepas dari lokap polis, malah, kes rogol tahanan wanita merupakan perkara serius yang perlu ditangani oleh mereka.

"Imej polis semakin tercemar dengan kes kecuaian, rogol, khalwat. Yang terbaru ini kejadian seorang Timbalan Pengarah Bahagian Risikan Bukit Aman ditangkap berkhalwat dengan pegawai polis wanita adalah sangat memalukan," katanya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, seterusnya memberitahu, apa yang berlaku di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di Shah Alam di mana dua penjenayah boleh terlepas menggambar kelemahan pengurusan lokap polis.

Katanya, polis memberi alasan kejadian itu disebabkan kecuaian anggotanya dan lokap yang digunakan untuk menahan penjenayah usang dan tidak kukuh.

"Sepatutnya, polis sudah mengenalpasti dari awal keadaan lokap yang sudah usang dan tidak kukuh. Jangan tunggu bila sudah berlaku baru nak baiki itu, baiki ini, alasan ini tidak mungkin boleh diterima," katanya.

Justeru, beliau meminta Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Norian Mai mengambil perhatian serius terhadap hal ehwal pengurusan logistik, di samping memastikan kebajikan anggota polis tidak diabaikan.

Selain itu, beliau turut menggesa KPN menyiasat kemungkinan wujudnya amalan rasuah di kalangan pegawai polis ketika menjalankan tugas menyebabkan penjenayah begitu mudah melarikan diri.

"Kalau sekalipun lokap baru kukuh dan dikelilingi dengan tembok besi, penjenayah akan mudah terlepas kerana adanya rasuah. Siasatan perlu dikaji dari semua sudut," ujar beliau.

Katanya lagi, Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi juga tidak seharusnya malu dengan imej yang berlaku terhadap pasukan polis.

"Beliau sepatutnya lebih bertanggungjawab memastikan nama pasukan polis tidak tercemar. Bukan hanya sibuk mengerahkan polis untuk menahan aktivis politik, melarang orang ramai mendengar ceramah politik, tapi pengurusan polis yang di bawah kementeriannya diabaikan," katanya.

Katanya lagi, kerajaan harus mengurangkan pemantauan terhadap gerakan politik, sebaliknya mengambil berat masalah dan kelemahan dalaman pengurusan polis.

Mahfuz juga mempersoalkan sama ada anggota polis Malaysia sudah "tidak bersemangat untuk bekerja" kerana institusi polis telah digunakan untuk kepentingan politik sesetengah pihak.

"Saya akan bawa perkara ini di dalam sesi parlimen akan datang bagi memberi cadangan kepada kerajaan," katanya.


(HarakahDaily)
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net