Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Drama Masuk Umno Diaktifkan Semula
 



KUALA KRAI, - Umno kini terpaksa mencipta semula agenda lama bagi memulihkan semangat penyokong parti itu yang semakin pudar dan dilanda keresahan.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Zulkefli Yaakob berkata, agenda lama yang diperhidupkan kembali parti itu ialah menjalankan propaganda mengisytiharkan seramai mungkin penyokong PAS dan Barisan Alternatif (BA) menyertai Umno.
Katanya, Umno terpaksa melakonkan semula drama tersebut selepas semangat mereka semakin pudar dan tidak mampu untuk berdepan dengan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Taktik lama itu sebenarnya sudah dimaklumi rakyat di negara ini dan terpaksa dimainkan kembali Umno dengan sokongan padu media massa.

"Inilah mungkin kaedah motivasi terakhir yang ada kepada Umno untuk memberitahu kepada umum, parti itu masih mendapat sokongan padu rakyat di seluruh negara," katanya di sini.

Baru-baru ini, akhbar tempatan melaporkan lebih 1,000 penyokong PAS dan BA menyertai Umno di tiga tempat berasingan iaitu di Rantau Panjang, Machang dan Gua Musang.

Di Rantau Panjang seramai 670 bekas ahli PAS dan KeADILan di 18 kawasan menyertai Umno dan menyerah borang kepada Timbalan Presiden parti itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas itu, 212 lagi bekas ahli PAS di Dun Kemuning, Machang dikatakan menyertai Umno dan menyerahkan borang kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustafa Mohamad.

Sebelum itu, di Gua Musang, kira-kira 200 bekas penyokong PAS disebut menyerah borang menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian berkenaan, Tengku Razaleigh Hamzah.

Yang Dipertua PAS Jeli, Ustaz Abdullah Ya'kob berkata, usaha yang dilakukan Umno dengan mengisytiharkan seramai mungkin bekas penyokong PAS menyertai Umno bagi memperlihatkan parti itu masih lagi bernadi di Kelantan.

Katanya, mereka terpaksa melakonkan semula agenda itu, biarpun sebelum ini sandiwara yang serupa tidak menjadi kenyataan.

"Sekiranya benar apa yang dilaporkan media mengenai perkara itu sejak 10 tahun lalu, sudah tentu Umno berupaya untuk merampas kembali Kelantan pada pilihan raya umum 1995 dan 1999.

"Sebelum ini disiarkan melalui melalui media massa kononnya beribu-ribu bekas ahli PAS menyertai Umno kerana kerana kecewa dengan kepemimpinan PAS.

"Mereka mengadakan majlis pengisytiharan di depan kamera televisen dan kamera jurugambar akhbar untuk dihebohkan ke seluruh negara," ujarnya.

Menurutnya, Umno tidak akan serik untuk melakonkan agenda itu bagi memperlihatkan kepada Umno di negeri-negeri lain, kononnya Umno Kelantan masih kuat dan bertenaga.

Beliau berkata, sepatutnya Umno Kelantan memberi laluan kepada Umno Terengganu yang begitu kemponan untuk mengadakan majlis-majlis pengisytiharkan kemasukan bekas-bekas ahli PAS dan BA.

Katanya, Umno Terengganu terpaksa melakonkan agenda itu bagi mengubat hati yang luka kerana ditolak majoriti rakyat negeri tersebut pada pilihan raya umum 1999.

Ustaz Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, agenda seumpama itu akan lebih kerap lagi dilakonkan Umno di Kelantan dan Terengganu pada masa depan, sebagai menandakan pilihan raya umum ke-11 semakin hampir.

"Bagaimanpun kita berharap penyokong PAS dan BA tidak merasa rimas dengan agenda murahan Umno tersebut kerana ia adalah strategi terbaik bagi mereka untuk melaungkan ke seluruh negara bagi menyatakan Umno masih relevan.

"Seharusnya pemimpin Umno bermuhasabah diri kerana masa untuk perjuangan sekular di negara ini dan negara umat Islam lain sudah semakin berada di penghujung usia," tambahnya.


(HarakahDaily)

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net