Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Penyokong BA Disaran Bentuk Rangkaian TV
 


RANTAU PANJANG- Penyokong-penyokong Barisan Alternatif (BA) disaran mewujudkan rangkaian televisyen sendiri bagi mengelakkan menonton TV1, TV2 dan TV3 yang banyak menghentam pembangkang.

Pemain cakera padat (VCD) adalah saluran alternatif yang boleh dimiliki setiap penyokong BA, untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai isu semasa.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh berkata, penyokong BA boleh memiliki pemain VCD kerana harga di pasaran tidak mahal sekarang.

"Kita boleh memasang pelbagai CD ceramah dan CD-CD menarik lain, tanpa menonton lagi saluran TV yang ada sekarang.

"CD-CD ceramah politik dan agama boleh didapati dengan mudah di mana-mana dan penyokong BA boleh mendapat maklumat yang jelas," katanya di sini.

Menurutnya, sekiranya setiap penyokong BA mempunyai kemudahan itu, mereka tidak akan terpengaruh lagi dengan pelbagai agenda disiarkan melalui tv, seperti yang dilakukan sekarang.

Katanya, penyokong BA perlu mencari alternatif tersebut dan mereka tidak lagi terdedah dengan propaganda dimainkan RTM.

"Apabila kita mempunyai rangkaian tv sendiri, RTM hendak siarkan klip video apa sekali pun, tidak akan sampai kepada sasarannya," katanya.

Ustaz Wan Ismail yang juga Adun Melor berkata, media massa di negara ini sepatutnya mencari jalan untuk memulihkan semula imej mereka yang sudah tercemar.

Katanya, kewibawaan mereka sekarang kalau dinilai dengan wang ringgit, ia dianggap tidak bernilai sesen pun.

"Sebab itu, kalau peti tv yang ada di rumah kita berharga dua, tiga ringgit, sudah lama ia dipecah-pecahkan kerana benci dengan pelbagai propaganda yang disiarkan," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan kononnya ramai bekas penyokong PAS dan KeADILan menyertai Umno, beliau berkata, cawangan Umno di Kelantan cuba membohongi pemimpin besar dari Kuala Lumpur.

Katanya, mereka sepatutnya mendedahkan nama-nama penyokong PAS yang dikatakan menyertai Umno, bagi diselidiki siapa mereka.

"Kita hendak tahu siapa mereka dan tinggal di kampung mana. Sekiranya mereka tidak mampu untuk mendedahkan perkara itu, sudah tentu pemimpin Umno di peringkat cawangan dan bahagian sanggup membohongi pemimpin dari Kuala Lumpur," katanya.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan, seramai 670 bekas penyokong PAS dan KeADILan di 18 kawasan di Rantau Panjang mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Umno kerana kecewa dengan kepemimpinan parti berkenaan.

Mereka menyerah borang menyertai Umno kepada Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Tiang Chandi, Rantau Panjang.

Ustaz Wan Ismail berkata, Umno boleh mendapat sebanyak mungkin senarai nama daripada buku daftar pengundi untuk diisi nama mereka dalam borang permohonan keahlian Umno.

Beliau juga mendedahkan ada kalangan wartawan memberitahu bekas Presiden Semangat 46 yang pernah mematikan sendiri partinya, Tengku Razaleigh Hamzah juga tidak yakin kemampuan Umno merampas Kelantan dalam pilhan raya yang terdekat ini.

Katanya, pemimpin berkenaan difahamkan tidak nampak potensi Umno untuk mengalahkan PAS dan BA. MO<"Ku Li difahamkan memberitahu, PAS mempunyai hanya seorang pemimpin, sedangkan Umno mempunyai ribuan pemimpin dan sedikit pengikut," katanya.

(HarakahDaily)

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net