Make your own free website on Tripod.com
Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Kerk: Pembangkang Tidak Harus Saling 'Membunuh'
 

Oleh: Skchua (BKO)

KUALA Lumpur: Mengelak daripada keadaan membunuh sesama sendiri, akan membantu pembangkang membentuk suatu keadaan yang 'sama-sama menyerang, tetapi berlawan berasingan' untuk mengepung Barisan Nasional (BN), kata setiausaha agung DAP Kerk Kim Hock.

Walaupun DAP sudah menarik diri dari Barisan Alternatif (BA) dan akan menentang BN secara bersendirian, Kerk berpendapat semua parti pembangkang akan berperang secara berasingan dan menumpukan serangan pada musuh yang sama, iaitu BN.

Megikut laporan Sin Chew Jit Poh, Kerk menegaskan bahawa parti pembangkang
mesti mengelakkan keadaan membunuh sesama sendiri, ataupun sekurang-kurangnya bekerjasama dan mempunyai persefahaman dalam pembahagian kerusi.


Tentang persoalan DAP akan menyertai BA semula, Kerk menafikan kemungkinan
itu. Sebab PAS telah merampas BA dan menjadikan BA sebagai Barisan Islam,
DAP tidak akan mempertimbangkan penggabungan semula dengan BA.

Semasa diwawancara Sin Chew, Kerk menyatakan, DAP telah menarik diri dari
BA pada 22 September tahun lepas kerana tidak dapat menyelesaikan perselisihannya dengan PAS atas isu negara Islam.

Setelah keluar dari BA, demi mempertahankan prinsip asas parti dan sistem sekular negara kita, DAP sedia berperang secara bersendiri,katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Melaka.

Tentang bagaimanakah DAP memperolehi sokongan, khasnya sokongan golongan pengundi bukan Cina, di luar BA, Kerk mengatakan bahawa prinsip dan matlamat perjuangan DAP adalah selaras dengan kehendak dan permintaan rakyat. Namun, realiti politik telah menghadkan perkembangan DAP.

DAP akan terus berpegang pada pendiriannya yang jelas selama ini, iaitu mempertahankan dasar demokratik sekular negara kita untuk memperjuangkan
sokongan rakyat yang pelbagai kaum, katanya.

Kesukaran DAP memperolehi sokongan pengundi bukan Cina selama ini adalah
kerana negara kita sentiasa menegaskan politik perkauman, dan juga propaganda BN telah menyebabkan pengundi bukan Cina berpisah daripada DAP.

Namun, Kerk menyatakan bahawa DAP telah berpeluang berkomunikasi dan membentuk pertalian dengan masyarakat Melayu ketika bekerjasama dengan Semangat 46 yang kini telah menyertai UNMO. Saya percaya masyarakat Melayu akan terus menyokong DAP dalam pilihanraya walaupun mereka tidak berkemungkinan menyertai DAP.

Berkenaan dengan sesetengah pendapat bahawa DAP akan sukar untuk memperolehi sokongan komuniti Melayu, tidak dapat menebusi dilemma politiknya dan akan menjadi semakin merosot, Kerk mengatakan bahawa DAP masih berkemampuan mendapatkan sokongan daripada orang Melayu yang mempunyai kesedaran politik, melainkan ada golongan yang sengaja menfitnah DAP serta mengibaratkan DAP dengan BN.

Ketika ditanya persoalan kedudukan DAP dalam BA yang akan terus diambilalih
oleh Parti Keadilan selepas ia keluar dari BA, Kerk menyatakan bahawa DAP
bukan lagi rakan seperjuangan PAS, PRM dan Keadilan. Tetapi, DAP dan Keadilan
masih merupakan rakan parti pembangkang.

Kerk menegaskan bahawa DAP akan mengumumkan kerjasamanya dengan Keadilan dalam isu-isu tertentu dan kepentingan bersama. Ini termasuk isu 'Sokonglah Ahli Parlimen Fong Poh Kuan, Reformasikan Parlimen' baru-baru ini.

Adalah dipercayai bahawa wawancara tersebut dilakukan ekoran kenyataan BA
negeri Melaka yang mengumumkan BA akan bertanding di kesemua kerusi negeri
itu, termasuk kawasan tradisi DAP seperti Kota Melaka.
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net