Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Pagar Semua Markas - Presiden PAS
 
 


JERLUN- Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor menyarankan agar semua markaz atau pejabat milik PAS dipagar untuk memudahkan aktiviti parti dijalankan.

Katanya, ini kerana banyak aktiviti boleh dijalankan dengan lancar tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak. "Perlembagaan membuktikan, PAS boleh mengadakan sebarang bentuk aktiviti termasuk ceramah dalam premis sendiri.

"Kalau semua tempat PAS sudah berpagar, orang lain dari PAS yang hendak memasukinya kena minta izin dulu. Kalau tak minta izin, dia akan didakwa telah menceroboh tempat kita," ujar beliau.

Katanya lagi, kalau polis sekalipun yang datang, mereka hanya dibenarkan berbincang di luar pagar, premis PAS adalah premis persendirian.

Dalam perbicangan dengan Polis Kedah baru-baru ini, PAS Baling disarankan membuat majlis dalam premisnya sendiri yang berpagar.

Polis Terengganu juga berkata, majlis yang diadakan di dalam premis sendiri tidak memerlukan permit polis.

"Kita faham, polis tahu undang-undang, jangan ceroboh kawasan kita yang sudah berpagar, kita akan dakwa mereka sebagai penceroboh," sambung beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Markaz PAS Cawangan Matang Paku, Air Hitam dekat sini.

Di majlis yang sama beliau juga telah melancarkan Gerakerja Pilihanraya PAS Kawasan Jerlun.

Parlimen Jerlun mempunyai dua Dun iaitu Air Hitam dan Kota Seputih, dan dalam pilhan raya lalu kerusi Parlimen dan Dun Air Hitam dimenangi PAS yang masing-masing diwakili oleh Drs Ustaz Abu Bakar Othman dan Ustaz Abdul Ghani Ahmad.

Ustaz Abu Bakar yang juga YDP PAS Kawasan berkata, Jerlun meletakkan sasaran untuk mengekalkan kemenangan yang diperolehi pada 1999 lalu di samping berusaha keras untuk menawan Dun Kota Seputih.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net