Curve-C-4.jpg (764 bytes) ### Curve-C-1.jpg (767 bytes)
##

Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

 PEMUDA      keADILan    SELANGOR

##

 

Curve-C-3.jpg (767 bytes)

Curve-C-2.jpg (814 bytes)
 

Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Mampukah keADILan   Menongkah Arus?
Curve-C-1.jpg (767 bytes)


Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)

Oleh: Aman Rais

Parti Keadilan Nasional telah selamat daripada "diAbimkan" tetapi mampukah ia menongkah arus politik semasa yang kini tidak menyebelahi parti-parti pembangkang?

Perhimpunan dan pemilihan parti itu di Kemaman, Terengganu pada 11 November lalu seharusnya menekankan aspek ini. Ke mana Keadilan selepas ini? Adakah ia hanya mampu bertahan hingga pilihanraya umum ke-11 pada 2004 nanti atau kekal menjadi wadah politik yang relevan?

Selain itu perhimpunan tempoh hari juga sepatutnya menjadi titik tolak kepada perubahan agenda perjuangan Keadilan - mahu terus dengan perjuangan sempit membebaskan pelopornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara atau berkembang menjadi parti pelbagai kaum beragenda besar.

Selepas berada di Kemaman minggu lalu, parti pimpinan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sepatut sudah dapat mencongak halatuju partinya. Keadilan tidak boleh kekal sebagaimana sekarang - menjadi parti demonstrasi jalanan dan bergantung pada kekuatan reformasi.

Keputusan pemilihan pucuk pimpinan tempoh hari yang menolak proses "mengAbimkan" Keadilan seharusnya menyuntik semangat baru kepada parti ini untuk menjadi sebuah parti pelbagai kaum dan agama yang terbaik untuk rakyat negara ini.

Jika dalam kempen pemilihan puak bekas Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM), sibuk menghebahkan Keadilan akan hilang identiti pelbagai kaumnya jika bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menerajui parti itu, sekarang adalah masanya untuk pihak pemenang membuktikan komitmen untuk mengembangkan Keadilan melampaui batas orang Melayu.

Ujian besar

Ujian besar menunggu Wan Azizah, Timbalan Presiden barunya, Abdul Rahman Othman, tiga Naib Presiden, Azmin Ali, Tian Chua dan Sheikh Azmi Ahmad, Ketua Pemuda, Saifuddin Nasution Ismail dan 20 ahli exco Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang sebahagian besar dipenuhi muka baru.

Sebahagian besar pemimpin yang terpilih adalah mereka yang telah teruji - terlibat dalam demonstrasi, puas disiram air kimia, sering keluar masuk lokap dan telah lasak ditekan dengan pelbagai rintangan pihak berkuasa. Berdasarkan latar belakang ini (walaupun tanpa Mohd Ezam Mohd Nor dan Saari Sungib yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri), Keadilan sepatutnya bangkit dari kelumpuhan sementara sejak penahanan 10 aktivisnya pada April lalu dan selepas empat dibebaskan tiga bulan kemudian.

Keadilan mempunyai tempoh dua tahun sebelum pilihanraya umum ke-11 untuk merangka strategi berkesan bagi menghidupkan peluangnya. Pilihanraya umum 2004 nampaknya tidak menawarkan peluang cerah kepada parti-parti pembangkang.

Suasana yang memihak kepada parti-parti alternatif pada tahun 1999 sudah tiada. Oleh itu Keadilan perlu melipatgandakan usaha dan kempennya. Gabungan parti-parti pembangkang tidak seutuh tahun 1999 kerana DAP sudah tiada dalam Barisan Alternatif (BA) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di Sabah sudah memohon menyertai semula Barisan Nasional (BN).

Angan-angan pembangkang untuk memerintah Malaysia pada 2004 mungkin menjadi igauan kosong sahaja jika suasana semasa berkekalan hingga ke tarikh pilihanraya umum diadakan.

Saham jatuh

Suasana politik sekarang menjadi tidak memihak kepada Keadilan dan parti-parti pembangkang terutamanya selepas terbongkar isu Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM), penarikan diri DAP daripada BA dan meletus perang antara Taliban dan Amerika.

Semua senario itu kini telah menjatuhkan "saham" BA. Orang bukan Islam khususnya, amat terpengaruh dengan kes KMM, isu keganasan pelampau Islam dan perang di Afghanistan itu.

Banyak permerhati politik berpendapat, orang bukan Islam yang sebelum ini berada di atas pagar telah kembali menyokong kerajaan BN, lebih-lebih lagi apabila berlaku kemelesetan ekonomi yang memerlukan sebuah kerajaan yang "established " untuk menanganinya. Faktor "wang " ini menguatkkan lagi pautan bukan Melayu pada kerajaan sedia ada.

Parti-parti pembangkang harus menyedari hakikat ini. Dalam keadaan banyaknya halangan untuk berceramah dan berhimpun, kedudukan mereka makin terhimpit. Segala serangan Umno dan BN tidak dapat dijawab dengan berkesan, perlawanan sekarang berat sebelah dan parti-parti pembangkang tiada upaya megubahnya.

PAS harus sedar matlamatnya untuk mendapatkan simpati dan undi bukan Melayu sudah berkecai. Isu negara Islam yang menyebabkan DAP keluar BA telah menguburkan pengaruhnya di kalangan bukan Islam. Oleh itu harapan BA untuk menarik simpati dan undi bukan Melayu kini terletak sepenuhnya pada Keadilan.

BA akan tinggal dua parti sahaja selepas ini bila penggabungan antara Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Keadilan terlaksana. Oleh itu, pemimpin Keadilan, dengan bantuan ahli dan teraju PRM yang tahan lasak, perlu mengorak langkah menembusi kubu bukan Melayu yang selama dikuasai oleh DAP, MCA dan MIC.

Korbankan isu Anwar

Pemilihan ramai pemimpin bukan Melayu dalam MPT Keadilan baru-baru ini - Dr Lee Boon Chye, Dr A Xavier Jeyakumar, Ng Lum Yong dan Cheah Kah Peng adalah satu perkembangan positif dan patut dieksploitasi sepenuhnya untuk menarik lebih ramai bukan Melayu menyertai Keadilan.

Pemilihan mereka semua termasuk Tian Chua sebagai naib Presiden, mencerminkan hasrat ahli untuk mengekalkan imej pelbagai kaum. Oleh itu, Keadilan perlu menggunakan masa dua tahun ini untuk membuktikan ia akan menjadi sebuah parti yang relevan dalam persada politik Malaysia.

Untuk mencapai matlamat itu, perjuangan Keadilan mesti keluar dari kepompong isu Anwar Ibrahim. Tidak salah isu Anwar dijadikan faktor penggerak dan penyatu tetapi ia tidak boleh lagi dijadikan agenda terbesar parti.

Isu Anwar perlu dikorbankan buat sementara waktu untuk memastikan Keadilan dapat hidup lama dalam medan politik Malaysia


(MalaysiaKini)




 

 

 

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Laman Utama ] [ Atas ]