Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Mak Yan: Setahun Pemergian Mu Dalam Kenangan
 


Oleh:  RDJU


Tanggal 3 April. 2002, genaplah setahun Bonda Pejuang Reformasi DSAI, Allahyarhamah Mak Yan meninggalkan kita semua untuk kembali alam barzah seperti yang telah ditakdirkan. Mak Yan panggilan yang sentiasa bermain dibibir sejak zaman belum merdeka lagi, beliau adalah pejuang wanita yang menentang kezaliman penjajah sehingga ke zaman kezaliman Mahafiraun@Mahahaprak. Beliau pergi menemui illahi dalam keadaan berjuang mempertahankan haknya dan islah kearah membebaskan rakyat dari cengkaman regim zalim Mahafiraun.
Pengorbanan Mak Yan amat besar terhadap perjuangan politik Negara serta rakyat marhaen. Beliau pergi sebagai seorang pejuang yang mempunyai nama besar dan tak mampu untuk ditandingi oleh penjilat UMCINO@BN. Biar beliau dihina dan diperlekeh oleh puak-puak UMCINO@BN, tapi sebagai pejuang rakyat marhaen, Mak Yan adalah tokoh wanita yang benar-benar mampu mengoncangkan kekuatan regim zalim Mahafiraun@Mahahaprak.

Kini darah perjuangan itu mengalir dalam diri DSAI, “ Lawan Tetap Lawan “ kata-kata keramat DSAI yang menjadi sandaran pejuang REFORMASI untuk terus memastikan islah serta hak rakyat marhaen dikembalikan pada tempatnya. Semangat juang Mak Yan benar-benar meresapi jiwa DSAI, “ Usah Bicara Soal Perjuangan, Jika Takut Hadapi Risiko “ – amanat DSAI kepada pendokong REFORMASI sebagai kekuatan minda untuk terus berjuang menentang regim zalim Mahafiraun@Mahahaprak.

Begitu juga dengan Puteri Reformasi, Nurul Izzah … semangat juang Mak Yan turut berada dalam dirinya. Jika Mahafiraun@Mahahaprak berjaya menewaskan Mak Yan & DSAI (itupun kalau umur tua kutuk Mahahaprak dipanjangkan oleh Allah swt)….. Nurul Izzah adalah waris Mak Yan yang akan menjatuhkan Mahafiraun@Mahahaprak dari taktanya serta menghapuskan kezaliman regim gilanya. Mak Yan telah memantapkan pewarisnya sebagai pejuang tulen yang memperjuangkan hak rakyat marhaen, yang tidak mampu dilaksanakan oleh penjilat Mahafiraun@Mahahaprak.

Mak Yan pemergianmu telah menjadikan anakmu DSAI sepi dan pilu…. Kerana engkau adalah peniup semangat serta penasihat yang terbaik buat DSAI. Kasih sayang dan nasihat ibu adalah yang terbaik buat anaknya. Bagi pejuang REFORMASI, Mak Yan adalah tokoh ibu yang telah memberikan sinar dan kekuatan kepada perjuangan tulen rakyat marhaen. Tapi kini telah setahun pemergianmu….kami sepi dan pilu…tanpa renungan serta senyumanmu…yang terpancar diwajahmu satu kekuatan yang menjanjikan islah itu jalan yang benar yang diredhai Allah swt.


Kasih sayang mu buat DSAI, benar-benar telah menjadikan beliau seorang pejuang dan tokoh REFORMASI yang tulen untuk mempertahankan Islam dan rakyat marhaen serta kemerdekaan Malaysia. Mak Yan, engkaulah ibu yang telah berjaya mendidik anak-anakmu dengan penuh kasih sayang serta menjadikan mereka pejuang Islam dan negara. Tapi semua itu telah menjadi sejarah hidupmu …. Pemergianmu adalah untuk selama-lamanya, tiada ganti buat dirimu …. Kerana Mak Yan tetaplah Mak Yan …. Tiada yang serupa denganmu.

Tangisan dan kesakitan dibawa sehingga keakhir hayatmu….. jiwamu telah diseksa oleh Mahafiraun@Mahahaprak serta rakan-rakan yang sama waktu denganya, penyeksaan itu amat perit untuk ditanggung … tapi bagi Mahafiraun@Mahahaprak ia tidak pernah ambil peduli semua itu … yang penting adalah nafsu serakahnya dapat dilaksanakan, walaupun ia menyakiti jiwa dan mencabut nyawa orang lain.

Percayalah Mak Yan …. Segala penderitaan dan kesusahanmu pasti akan kami balas kembali kepada Mahafiraun@Mahahaprak serta kroninya. Kami akan teruskan perjuangan Mak Yan …. Biar dirimu tiada lagi di muka bumi ini ….. semangat dan kasih sayang mu tetap mengalir dalam jiwa setiap pejuang rakyat marhaen. Biar berjuta rintangan yang akan kami lalui, perjuanganmu akan kami teruskan, Insya Allah.

Sejak zaman Dato’ Onn lagi Mak Yan telah menjadi pejuang kepada rakyat marhaen, ketelusan dan keikhlasan Mak Yan terserlah sejak dahulu lagi, kini beliau telah pergi buat selama-lamanya. Yang tinggal kini adalah sejarah perjuangan Mak Yan yang cuba dihapuskan oleh pencacai UMCINO@BN. Namun begitu usaha UMCINO@BN nyata sia-sia sehaja kerana Mak Yan meninggalkan pewaris yang benar-benar mantap untuk meneruskan perjuangan murni beliau……!!! Yang pastinya perjuangan Mak Yan tidak akan sia-sia serta terputus ditengah jalan. Kini menantu beliau Yb Datin Seri Dr.Wan Azizah memikul tanggupjawap untuk meneruskan perjuangan beliau dan amanat DSAI untuk mempertahankan rakyat marhaen serta mengembalikan hak ketempat yang sebenarnya.

Kasih sayang Mak Yan terhadap DSAI tak pernah berbelah bagi, bagaimana pilunya Mak Yan ketika DSAI hendak pergi belajar di MCKK … Mak Yan sayu dan sedih sendu dalam keadaan berat hati ingin melepaskan DSAI tinggal di asrama MCKK setelah sekian lama berada dihadapan matanya, sehingga DSAI mengabadikan kisah tersebut dalam puisi karanganya di Sungai Buluh. Begitulah kuatnya kasih sayang Mak Yan terhadap DSAI. Mak Yan sendiri pernah berkata, “ Beliau tidak akan memaafkan sesiapa yang menginaya DSAI “ melainkan orang itu bertaubat nasuha, begitulah sikap Mak Yan yang tidak akan bertolak ansur dengan orang-orang berniat jahat terhadap DSAI dan keluarganya.

Mak Yan sendiri naik ke pentas REFORMASI untuk memperjuangkan hak rakyat marhaen, beliau sedar tindakkan beliau akan membuat regim zalim Mahafiraun@Mahahaprak akan membencinya serta penghinaan oleh mereka …. Tetapi bagi Mak Yan kebenaran tetap kebenaran, kita tidak boleh hidup berpura-pura tentang perkara yang sahih lagi benar. Biar apa kata regim Mahafiraun@Mahahaprak kepadanya, beliau terus berjuang dengan REFORMASI TOTAL tajaan DSAI, walaupun beliau berada dalam kesakitan dan kesedihan ketika itu akibat perbuatan jahat regim Mahafiraun@Mahahaprak, Mak Yan tetap terus dan gagah menongkah arus politik negara untuk memastikan asas hidupnya sebagai seorang pejuang rakyat marhaen tidak akan lupus dari muka bumi Allah swt ini.

Al-fatihah buat Allahyarhamah Mak Yan, semoga Allah swt akan mencucuri rahmat keatas rohnya. Pemergianmu ibarat kehilangan sebutir mutiara yang berharga dari perjuangan REFORMASI.

- RDJU

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net