Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Percubaan Terbaru
Memperlekehkan Pencalonan Hadiah Nobel Kepada DSAI
 

Oleh: Dr Nologareng


Mahathir adalah pemimpin Umno yang paling unggul sekali sikapnya dalam menunjuk-nunjuk atau kemaruk penghormatan. Seringkali ucapan dan bebelannya akan menyentuh persoalan bersyukur,berterimakasih kepada kerajaan dengan sesekali menyelitkan kata-kata Abraham Lincoln - ‘jangan tanya apa yang negeri sumbangkan kepada anda, tetapi tanyalah apakah sumbangan anda untuk negara’. Memang baik sekali buah fikiran Lincoln yang terkenal dengan penghapusan sisten perhambaan di Amerika itu.
Retorik dan sikap cakap tak serupa bikin memang sudah menjadi suatu yang sinonim dengan Bapa Mirzan ini. Sikapnya yang suka membebel itu semakin menjadi-jadi mutaakhirin ini. Habis segala peringkat masyarakat diseranahnya. Mungkin juga pertambahan umurnya menjadi faktor. Adalah mustahil untuk manusia sihat dan sempurna selamanya sedangkan Nabi pun menemui ajalnya walau dipertahan dengan segala vitamin, hormon dan jampi.

Baru-baru ini DS Anwar Ibrahim telah dicalonkan sebagai penerima Anugerah Keamanan Nobel yang berpusat di Norway. Ini merupakan penghormatan yang amat tinggi kepada rakyat negara ini terutamanya orang Melayu kerana inilah pertama kalinya bangsa ini mendapat pengiktirafan dunia. Ia adalah gelaran yang tertinggi bagi tamadun manusia moden yang bukannya boleh dibeli seperti gelaran Tokoh Maal Hijrah Rusia yang berharga RM38,000 itu. Ia adalah sebagai menghargai dan menghormati perjuangan luhur Anwar untuk rakyat Malaysia. Tentu sahaja ini menimbulkan kedengkian yang amat sangat kepada Mahathir yang terkenal dengan politik hapraknya.

Kali terakhir orang Asia menerimanya ialah dua orang rakyat India yang tersohor dalam bidang Sains. Manakala antara pemimpin negara yang masyhur pernah menerimanya adalah Nelson Mandela seorang pejuang anti-apartheid yang unggul. Yang lebih istimewanya pencalonan untuk Anwar ialah kerana ia terpilih ketika ia sedang terpenjara oleh kerakusan pemerintah. Sedangkan Nelson Mandela memperolehi ketika ia menjadi pemimpin negara.

Kenapa Mahathir marah

Pada hemat Mahathir dia lah sahaja orang yang layak bagi gelaran itu apatah lagi dengan kedudukannya sebagai pemerintah yang paling lama di Malaysia. Lagi pun bukankah dia digelar Wira Dunia Ketiga?? Dia juga kerap dalam forum yang kelihatan seperti cuba mengeksport pemikiran kepada pemimpin luar sehingga ke Jepun, Rusia dan sebagainya. Kini dia berlagak sakan sebagai kununnya pencetus minda dan juara anti-penindasan globalisasi.

Pada kepercayaannya juga dia telah berjaya membangunkan ekonomi rakyat dengan jayanya. Membebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan dan negara dari stigma penjajahan. Lihatlah segala hujahnya seperti kemudahan untuk rakyat yang dibina seperti jalanraya, balairaya dan masjid yang digunakan setiap Jumaat dan hari Raya.

Dengan keadilan pemerintahannya caranya yang tersendiri, ekonomi diagih sama-rata dan sama-rasa antara sahabat, taulan dan kroni walaupun ianya jelas sekali menindas dan menekan rakyat. Lalu diminta rakyat mengamin dan mengkagumi corak keadilannya dalam memperkayakan kelompok Superbumiputra dan kroniputra dengan membelakangkan dasar yang sepatutnya membela nasib bumiputra yang malang serta jauh ketinggalan.

Sebenarnya kelakuan dan tingkahlakunya sebagai pemimpin amat jauh dan bercanggahan dengan kepercayaan atau hematnya. Sejarah telah melakarkan bagaimana rakus dan khianatnya ia terhadap rakyat dan negara. Biarpun penulis upahan (haiwan liar) di akhbar dan media TV tanpa henti cuba menyolek dan merekabentuk pujian serta imej baik untuknya, rakyat marhen tidak pernah lupa akan perbuatan kejinya itu.

Mahathir telah porak-perandakan sistem yang ada dan meletakkan segala macam pelaku jenayah di puncak kuasa. Nama-nama seperti Abd Ghani 4 tahil, Mokhtar Abdullah, Musa Hassan adalah seumpama kera ynag diberi bunga. Nantikanlah kerosakan yang bakal menjelma akibat Raja Penyangak punya kerja. Lihat pula pemimpin tertinggi Umno sekarang. 5 pemimpin teratas yang bakal menerajui negara sekiranya UMNOBN terus bernyawa adalah orang yang tercemar moral dan imejnya. Ada yang skandal rasuah, perempuan, kontrak kementerian dan penyelewengan semasa dalam jawatan. Namun tidak pula untuk menunjukkan betapa Mahathir lebih baik antaranya. Faktanya ialah bagaimana Mahathir telah membiarkan mereka bergelumang dengan perbuatan kotor itu supaya senang pula ia mencangkuk tali ke hidung untuk dilembukan bagi kepentingannya pula.

Perlantikan pintu belakang senator sebagai ahli kabinet adalah memudahkan lagi dia beragenda demi mencengkam kuasa. Masing-masing dengan peranannya. ZAM menggenggam media, Hamid Sick penasihat Agama dan berbagai nama lain yang seringkali tenggelam timbul mengikut skrip yang dicipta. Watak mereka sebagai badut, tukang karut dan kaki canang saling bergiliran sambil yang telah berperanan mengambil upah dan habuan.

Kebajingan Mahathir tersebar merata dunia

Kekejian dan kebiadapan Mahathir dalam kes Mantan TPM Anwar bukan sahaja menggemparkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu bahkan seluruh dunia. Tuduhan konspirasi politik peringkat tertinggi oleh Anwar semakin terserlah apabila Mahathir sendiri enggan menghadirkan diri ke mahkamah setelah disapina. Dengan bermodalkan barua-barua yang dibela sama ada dalam PDrM mahupun dalam Jabatan Kehakiman maka terpalitlah negara dengan sejarah hitam yang terus-terusan menghenyak kekalutan politik negara sehingga kini.

Walaupun Mahathir berjaya memenjarakan Anwar yang sanggup pula menongkah kehendak Mahathir, ternyatanya yang terpenjara jiwanya adalah si Raja Penyangak itu sendiri. Segala tohmahan dan fitnah ke atas Anwar semakin terdedah dan terbogel di hadapan rakyat untuk dinilai. Siapa yang menggunakan ejen asing, rasuah, salahguna kuasa, jenayah moral dan pengkhianat negara, telahpun menzahirkan dirinya. Rakyat yang peka dan prihatin nampak jelas, sejelas-jelasnya!! Apatah lagi pemimpin negara luar yang mempunyai jaringan maklumat yang lebih luas dan bebas. Kalau tidak, apa guna Pejabat kedutaan masing-masing dalam negara kita? Mereka bukan sekadar untuk memeriahkan majlis rasmi negara tetapi juga menjadi mata dan telinga untuk pemimpin negaranya.

Begitu juga dalam memperkatakan tentang Nobel Prize yang telah mencadangkan nama Anwar Ibrahim. Tentu sekali alasannya kukuh dan munasabah dengan mengambil-kira perjuangan Anwar yang bukan bermula semasa menjadi ahli Umno bahkan menjangkaui lebih dari itu sekaligus mengkerdilkan Mahathir si Raja Kelentong!! Akan tetapi Perdana Menteri kebanggaan Ibrahim Ali ini bukanlah seorang yang besar hatinya, suatu sifat yang merupakan aset seorang Negarawan. Sepatutnya, secara bermoral ia tidak boleh memberi komen yang negatif terhadap suatu Badan yang bebas dan tanpa kepentingan itu.

Si Raja Kelentong ini nampaknya telah menghampiri zaman pikunnya dengan bersikap seperti itu. Bukankah menjadi suatu pengetahuan umum, bagaimana seorang kanak-kanak akan mengejek dan memperlekehkan barangan yang dia gagal memperolehinya dalam satu perebutan? Malah seringkali ia mengajak sama sekongkolnya lebih-lebih lagi yang terpandang orang bagi meyakinkan perlekehannya yang berniat serong dan berdendam itu.

Profesor Diraja Ungku Aziz yang dahulunya amat disegani dan dihormati keilmuannya kini sudah direndahkan darjatnya oleh Mahathir apabila mempergunakan ia bagi mengejek pencalonan anugerah Nobel untuk Anwar. Akan tetapi rakyat marhaen tahu akan cerita sebaliknya yang berjaya meruntun Pak Ungku dari takhta martabatnya itu. Ia wajar menggaru kembali belakang Mahathir dengan garuan berbentuk komen bodoh itu setelah jaminan kedudukan beliau di Angkasa tidak diusik selagi badannya bernyawa!

Tidak cukup dengan itu, pengunduran Chandra dari parti Keadilan juga akan dipergunakan sebaiknya oleh Mahathir dalam membelasah imej Anwar yang sentiasa menghantui tidurnya. Komen Chandra yang berbaur fitnah dan menimbulkan kecelaruan itu memanglah suatu budaya ala-filem Hindi yang tentu sahaja Mahathir adalah dalangnya. Bukankah dia (Chandra) berjaya memperolehi keputusan mahkamah yang berpihak kepadanya? Kalau tidak begitu, bagaimana pula nak diurus badan NGO miliknya JUST yang mempunyai ahli seramai 30 orang itu jika bukan dengan menyembah si Raja Penyangak??

Apakah kegagalan konspirasi jahatnya selama ini bukan petunjuk dari Allah untuk ia bertaubat selagi nyawa dikandung badan? Kenapa tidak diambil-kira kemurkaan Allah yang menggagalkan segala usaha kotornya setakat ini? Sepatutnya ia bersyukur kerana ia tidak terpilih sebagai insan yang mencacatkan anugerah Nobel Keamanan itu.


25.03.2002

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net