Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Apabila siPM Terbang Ke Antartika
 

Oleh: M.G.G. Pillai
(The Prime Minister Flies to Antartica)


Sepuluh hari sebelum PM berlepas untuk bercuti, sekitar satu dozen pegawai polis cawangan khas (SB) telah terbang ke Buenos Aires untuk membuat taksiran apakah Perdana Menteri Mahathir Mohamed boleh bercuti di ladang persendiriannya di sana tanpa tersangkut oleh masalah politik setempat, dan membuat persediaan untuk membolehkannya lari keluar seandainya diperlukan. Ini merupakan satu persediaan yang bijak di tengah-tengah kemelut yang menghantui ibukota Argentina. Lagi satu tindakannya yang bijak ialah keputusan yang dibuat satu minggu sebelum beliau bertolak ke New York agar Najib Tun Razak, mengikuti rombongannya. Para pembantu menteri itu merungut kerana arahan itu merosakkan rancangan mereka. Tetapi itu adalah satu kewaspadaan yang bijak juga. Dia tidak mampu melihatkan bunga api politik cepat membara melibatkan dua orang menteri utama ketika dia tidak ada dalam negara. Memang tidak perlu dinyatakan betapa ada seorang insan, bukannya Adullah Ahmad Bedawi, yang terlalu yakin dia akan menjadi bakal perdana menteri dan dia ialah kini menjadi meneri pertahanan dan naib presiden parti. Namun, sehari kemudiannya, kedua-dua mereka mungkin sudah sedar betapa mereka akan berangan-angan sahaja, dan perkara ini mungkin menjadi bahan cerita di lain kali.

Seperti yang pernah disebut oleh seorang 'Godfather' dalam sebuah novel tulisan Mario Puzo, dia ada berkata: 'Aku membiarkan semua sahabatku berada jauh dari penglihatan asalkan semua musuhku dalam pandangan.' Apakah benar Najib Tun Razak seorang seteru? Tentu tidak. Tetapi, dia tidak seharusnya berada di Kuala Lumpur untuk menyulitkan kedudukan timbalan perdana menteri, yang kini dihantui pelbagai kesulitan. Abdullah Ahmad Badawi sedang dihambat kerunsingan yang disebabkan kemunculan kes rayuan di mahkamah membabitkan mantan timbalan perdana menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Inilah orangnya mengikut pandangan Perdana Menteri harus dibiarkan jatuh tersungkur secara bersendirian. Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 25 Mac sebagai tarikh kes rayuan itu, sekaligus menjejaskan jadual pemergian perdana menteri: dia berkemungkinan mengelat daripada menghadirkan diri di litar lumba F-1 di Sepang sepuluh hari lebih awal sebelum tarikh itu.

Jadi, sebaik selesai menghadiri Forum Ekonomi Dunia di New York, dia terbang dengan satu kumpulan seramai 80 orang ke Antartika, seolah-olah lawatan itu begitu penting, mengikut pendapatnya, untuk beliau tidak menghadiri jamuan tahunan MCA untuk menyambut Tahun Baru Cina. Dia telah disebut sebagai berkata oleh akhbar Malaysia bahawa: 'peluang untuk melawat Antartika hanya muncul sekali sahaja dalam hidup seseorang'. Tetapi, apakah pentingnya lawatan itu? Apakah lawatan itu tidak boleh dijadualkan di lain masa? Walaubagaimana pun, rombongan delegasinya mengandungi orang perniagaan yang terpaksa membayar harga yang tinggi untuk peluang itu, para wartawan dan ramai lagi. Kumpulan itu berpecah selepas itu, dengan sekumpulan kecil terbang bersamanya ke Argentina, untuk beliau bersantai dan yang lain berada dalam penglihatannya, sebalum pulang pada 28 Februari.

Seminggu kemudian beliau akan terbang ke Poland dan Jerman, sedangkan lawatannya ke Moscow masih terumbang-ambing kesan keceluparannya mengenai kehadiran Russia di Chechnya. Oleh kerana Perdana Menteri Russia ketika itu ialah Vladimir Putin, adalah satu keajaiban kalau-kalau Moscow termasuk dalam jadual lawatannya. Rencana Mahthir akan menjadi kabur apabila dia dijangka tiba di Jerman. Ada desas-desus yang mengatakan beliau akan menerima rawatan pinggangnya di Jerman, nanti. Kalau benar cerita itu, tentu ramai tertanya-tanya kenapa rawatan itu tidak dilakukan di negara sendiri. Pejabatnya masih mengelat apakah beliau akan menghadiri kejuaraan F-1. Jika dia akan menghadirinya, tentu dia dia akan menunggu tarikh itu. Ini bererti, mahkamah rayuan akan bersidang ketika dia masih ada dalam negara. Inilah yang dijanjikan oleh pejabatnya untuk membuat perakuan, cuma masih belum lagi menjadi nyata.

Apakah mungkin Perdana Mentgeri melawat Jerman tanpa Anwar Ibrahim mendapat rawatan untuk, penyakit belakangnya - sedangkan itulah penyakit yang menyebabkan beliau terus menggunakan pengekang leher, bergerak dengan kerusi roda dan sentiasa dihenyak kesakitan. Perdana Menteri pernah menjadikan kes Anwar memerlukan rawatan di luar negara satu isu politik, sambil bertegas dia seharusnya mendapatkan rawatan itu di negara ini, sedangkan nasihat pakar amat menentangnya. Tetapi, sekarang dia pula yang mahu ke luar negara untuk mendapat rawatan yang memang mudah dilakukan oleh kemudahan dalam negara yang dianggap berwibawa. Masalahnya kepada Mahathir, hanya dia yang boleh menentukan apa sahaja yang dia suka. Memang jelas sdekarang ini, setiap pergerakan hariannya banyak dipengaruhi oleh 'Faktor Anwar', lebih-lebih lagi ketika dua orang insan sudah renggang menjadi musuh sampai mati.

Fenomena ini amat disedari oleh mereka yang bersiap sedia untuk mengisi takhta yang dijangka akan dikosongkan bila-bila masa. Abdullah Ahmad Bedawi tidak mempunyai keistimewaan yang dibolehkan oleh jawatan yang dipegangnya. Lagipun Najib tidak akan merelakannya. Seorang sahabat lama saya yang merempat di Langgak Golf, masih lagi memendam geram untuk menjadi pengganti, cuma setelah mereka yang berebut di depan, kecundang dengan kehampaan. Tetapi diapun tidak berapa yakin dengan geram tak sudahnya itu, seperti yang diceritakannya kepada saya. Mereka yang berani terus mengidam membuat janji setiakawan sesama mereka, sambil menyedari betapa pantasnya panglima perang dalam UMNO melompat katak apabila menyedari kuda yang mereka tunggang akan tergolek kerana kecundang.

Inilah igauan yang menghambat Mahathir. Inilah musibah yang menghantui gelagat musibatnya mengaibkan seorang wira Melayu dengan memperlekehkan budaya tatasusila feudal. Lagipun ini adalah kisah siapa yang akan menjuarai pertempuran sengit merangkul sokongan padu orang Melayu. Kemelut Anwar telah menghantui UMNO sehingga kehilangan sokongan orang Melayu dan sebarang usaha untuk merangkul semula perngaruh itu menjadi begitu bercelaru disebabkan belum selesainya kisah pengaiban itu. Walaupun Mahathir berpura-pura menunjukkan keangkuhan betapa dia masih berpengaruh dan berkuasa, seperti biasa, igauan yang menghambatnya untuk jatuh terhumban di longgokan sampah sarap sejarah negara memang menjadi satu kenyataan yang besar. Dia tidak boleh memutarkan kembali jarum perjalanan sejarah. Dia sendiri kebingungan cara menghentikan para menterinya cuba menikam satu dengan yang lain. Ataupun melarang mereka cuba menyembelih leher sesama sendiri, seperti yang dilakukan oleh Abdullah Badawi terhadap Rais Yatim gara-gara pendapatnya mengenai pendatang tanpa izin.

TJ SP MGG: Apabila siPM Terbang Ke Antartika
By M.G.G. Pillai
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net