ADA dua peristiwa pelik berlaku di negara ini. Pertama, rusuhan pekerja Indonesia di Nilai
dan kemudiannya penyokong Pas didakwa menyerang polis hingga sebuah trak polis dibakar, di
Kampong Kubang Bok, Kuala Ketil, Kedah.
Siasatan polis menjurus ke mana? Tentunya mahu menyalahkan pekerja Indonesia yang
digambarkan mengamuk dan kemudiannya didakwa di mahkamah dan sudah pun dijatuhkan hukuman.
Maka, seluruh rakyat di negara ini di suruh mempercayai semua laporan ini, menganggap
pekerja Indonesia mengganas, mengamuk dan tidak tahu mengenang budi. Dalam kes di Kampong
Kubang Bok, Kuala Ketil, akhirnya nanti Pas dan penyokongnya akan digambarkan bersalah,
segelintirnya ditangkap dan Pas mungkin diharamkan. Itu yang mereka idamkan selama ini,
setelah Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan mengharamkan penggunaan nama Islam kepada
mana-mana pertubuhan.
Bila polis berjaya menyakinkan seluruh rakyat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad turut memberikan komen, maka polis boleh dikatakan berjaya menjadikan
keadaan sebaliknya. Mereka, pasukan polis seolah-olah tidak langsung bersalah
dalam cerita ini. Kononnya.
Bila kepada rakyat Indonesia mereka berjaya buat, kali ini mereka buat pula cerita
penyokong Pas mengganas. Keadaan ini dilakukan demi untuk melihat Pas sentiasa berada di
dalam keadaan tertekan dan bersalah. Maka, hujung-hujungnya nanti, Pas mungkin mahu
diharamkan!
Apakah trak polis tiada penjaga? Di mana anggota polis yang bertugas sebagai pemandu
ketika itu. Apa yang dia buat ketika trak ini dibakar? Apakah polis sentiasa berada di
dalam keadaan lembut hingga menyebabkan orang kampong sanggup berkeras? Agenda siapa yang
mereka bawa? Apakah ini agenda tauke besar? Atau mereka mahu mengampu pihak pemerintah?
Saya menyeru dan merayu semua pemimpin Pas, jangan membuat komen yang boleh memerangkap
penyokong parti. Strategi polis juga perlu diteliti. Mereka dari masa ke semasa mahu
memerangkap Pas supaya menjadi kambing hitam setelah mereka (polis)
terperangkap dengan kisah ops gagak hitam.
Berbalik kepada kisah pekerja Indonesia mengamuk di Nilai, Negeri Sembilan; Jika tidak ada
sebab tidak mungkin mereka bertindak begitu kasar hingga sanggup merosakkan kenderaan
polis. Mereka sebenarnya sudah puas diugut, disamun dan diancam keselamatan mereka. Itulah
sebabnya ada yang secara rela mahu dihantar pulang, meninggalkan Malaysia yang tidak
semanis yang disangka.
Ya! Anggota polis yang selama ini hidup dengan wang rasuah mungkin boleh terlepas dari
hukuman mahkamah dunia tetapi di akhirat mereka tidak akan dapat mengelak. Allah maha
mengetahui apa yang mereka lakukan. Ada pekerja asing perempuan yang mereka gauli seperti
isteri sendiri tanpa bernikah. Ini semua diketahui umum tetapi disebabkan semua pihak
menekan mangsa yang membuat report, maka tiada siapa berani tampil ke hadapan.
Sikit-sikit minta bukti. Sikit-sikit minta bukti, adalah cara orang politik
Malaysia mengeluarkan kenyataan. TPM Abdullah Habibie Badawi juga minta bukti bila ada
dakwaan penguatkuasa di Malaysia terima rasuah. Apakah dia pekak, buta dan tuli? Semua
orang tahu di Malaysia, tanpa minyak pelincir kerja tak akan berjalan. Umno
sendiri adalah bapa kepada gejala rasuah ini.
Pilihan raya kecil adalah pusat rasuah paling besar. Rakyat dan undi dibeli
dengan harga yang cukup murah. Negara akan hancur dek amalan rasuah bermula dari pemimpin
yang paling atas hinggalah pemimpin di kampong-kampong.
Polis di Malaysia, jangan ingat kalian semua akan terlepas. Suatu hari nanti, kalian akan
masuk lock-up dan waktu itu barulah kalian tahu bahawa setiap perbuatan jahat
kalian terbalas juga akhirnya.
Kepada semua penyokong dan pendokong reformasi dan Barisan Alternatif
pastikan negara
kita Malaysia dapat dibersihkan dari anasir-anasir jahanam ini.
-Ummu Natasya 2002
ummu_natasya@hotmail.com
|
|
|
HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang
terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan
Diselengara
Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor |